Visit Me

Klik-Klik

must buy

Tuesday, January 31, 2012

Bubur Sawi

Adik dapat makan sedap2 bila hari minggu jer..bila hari minggu mulalah mama cari idea tuk masakkan apa tuk kesayangan mama ni..so kali nie cuba bubur bersama sawi lak..campur juga stok ayam...nyum2nyum, juga adik makan...

tgk adik dh semakin bulat dah...namun happy sangat bila adik mahu makan....

SKIM AMANAH RAKYAT 1MALAYSIA (SARA 1MALAYSIA)

Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1Malaysia(SARA1Malaysia/Skim) merupakan suatu skim khas yang diperkenalkan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk menggalakkan penyertaan golongan berpendapatan rendah menabung dan melabur di samping untuk membantu mereka menangani kesan kenaikan kos sara hidup semasa.

Skim ini dikendalikan dengan kerjasama Permodalan Nasional Berhad (PNB) serta institusi-institusi kewangan terlibat.

Melalui Skim ini, rakyat Malaysia yang berkelayakkan akan berpeluang untuk memohon pinjaman berjumlah RM5000 untuk melabur dalam Amanah Saham 1Malaysia (AS 1Malaysia) yang akan diuruskan oleh Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) dan akan menerima bayaran insentif yang menarik ke atas tabungan dan pelaburan yang dibuat.

CIRI-CIRI ISTIMEWA SKIM

  • Pembiayaan berjumlah RM500 juta kepada 100,000 isi rumah.Agihan adalah berdasarkan "permohonan awal didahulukan".Permohonan dibuka selama satu tahun mulai dari tarikh.Permohonan dibuka kepada awam atau sehingga semua peruntukkan pembiayaan habis dilanggan, yang mana lebih awal.
  • Agihan adalah terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia berdasarkan AS 1Malaysia iaitu:= Bumiputera-50%, Cina-30%, India-15%, Lain-lain-5%. 
  • Melalui Skim ini. insentif bulanan akan dibayar kepada peserta dalam bentuk unit tambahan AS1Malaysia.
  • Peserta hanya perlu menjelaskan bayaran balik bulanan yang minimum selama 5 tahun.
KELAYAKKAN
  1. Warganegara Malaysia berumur 18-58 tahun
  2. Pemohon mempunyai jumlah pendapatan isi rumah antara RM500-RM3000.
  3. Pemohon tidak muflis sepanjang tempoh pembiayaan pinjaman
  4. Pemohon dan/atau pasangan tidak menerima bantuan dari skim-skim khas lain Kerajaan yang diuruskan oleh Amanah Saham Nasional Berhad(ASNB) iaitu Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT),ASB Sejahtera dan ASW2020-Bandar
  5. Pemohon dan/atau pasangan tidak memiliki pelaburan di dalam mana-mana unit amanah ASNB ATAU sekiranya ada, jumlah pelaburan terkumpul adalah bersamaan atau kurang dari RM10,000
  6. Hanya salah seorang isi rumah yang layak memperolehi pembiayaan dan pinjaman, dan
  7. Kelulusan permohonan juga adalah tertakluk kepada syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh institusi kewangan.
DEFINISI ISI RUMAH
Isi rumah yang layak adalah individu dengan jumlah pendapatan kasar bulanan antara RM500-RM3000 yang merangkumi kategori berikut:-
i. Berkahwin - kombinasi pendapatan kasar saumi dan isteri dan
ii. Ibu tunggal- pendapatan kasar individu

PERMOHONAN
Pemohon perlu menyediakan dokumen-dokumen asal dan salinan seperti berikut:-
  • Kad pengenalan pemohon-2 salinan
  • Kad pengenalan pasangan (jika berkenaan)- 1 salinan
  • Dokumen Pengesahan Pendapatan
  • -Penyata gaji 3 bulan terkini ATAU Penyata Bank 3 Bulan terkini pemohon dan/atau pasangan
  • -Sekiranya tiada Penyata gaji atau Penyata Bank, perakuan dan pengisytiharan dalam BPPSARA1M Bahagian C akan diguna pakai.****
****BPPSARA1M MESTI dItandatangani dihadapan SAKSI*sama ada Majikan/Penghulu/Pegawai Jabatan Kemajuan Orang Asli/Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan & Profesional/Ahli Dewan Undangan Negeri /Ahli Parlimen.

Monday, January 30, 2012

Akhirnya Hajat Tercapai

Akhirnya hajat tercapai juga tuk memiliki oveb dan juga mixer...semalam pergi kedai elektrik biasa dulu...survey punya survey mahal harganya...so aku decide nak Jusco Taman Equine..so tgk punya tgk berkenan yang ni jenama Cornel 25L..harganya pun berpatutan RM149.Alhamdulillah...so survey lak mixer jenama cornel gak RM95..so rasa mmg puas hatilah bila dapat memiliki apa yang dinginkan...

Bila balik dah nekad nak buat kek..alamak resepi lak xder so sms kwnku shida tuk dapatkan kek resepi marble dalam sukatan cawan...bila dah dapat resepi terus buat tu pun sbb bahan2 dah ada kat dapur..godek punyer godek adunan dah siap menjadi..so bakar lak...bau dah menyelinap seluruh dalam rumah...baulah juga kek tue...tapi ntah kenapa timer x gerak2 nie..aduhh buat hal lah pulak oven ni...so papa cakap kena tukar nanti..kek aku pun keras jer cikit ala..x bestnyer so pic pun x snap lah...harap bila tukar oven lain nti dapatlah buat dengan baik lagi...

Wednesday, January 25, 2012

Pulut Ikan Kering

Hari minggu yang penuh dengan macam-macam aktiviti..aku aktiviti apa lagi my mum datang dari kampung..so kami sekeluarga dapat berkumpul sekali lagi bersama-sama...aku apa lagi happylah cos orang-orang yang tersayang ada bersama...so apa lagi aktiviti makan2...my mum macam biasa bawa macam2 dari kampung..paling x dilupakan ikan kering aduuh..sedapnya..so apa lagi pagi2 masak pulut...beli kelapa parut so jadilah pulut bersama ikan kering..sedappnyer..sampaikan darwisy pun mmg suka,..tapi dawis makan kelapa denga gula jer...
taraaa...main snap jer..x prepare pun pinggang yg cantik pun..hu..hu...disamping itu juga ada kari daging..so boleh juga dilayan bersama...

Thursday, January 19, 2012

Bayi Susu Ibu

memang happy sangat dapat menyusukan baby sampai 6 bulan at least tue..sepenuhnya bf..

Tuesday, January 17, 2012

Tazkirah

Solat Subuh » Wajah yang cantik
Solat Zohor » Duit yang banyak
Solat Asar » Kesihatan yang baik
Solat Maghrib » Anak2 yg cerdik dan berjaya
Solat Isyak » Tidur yang nyenyak tanpa gangguan

Solat Subuh = 2 rakaat = 4 minit
Solat Zohor = 4 rakaat = 6 minit
Solat Asar = 4 rakaat = 6 minit
Solat Maghrib = 3 rakaat = 5 minit
Solat Isyak = 4 rakaat = 6 minit
Total mase 'dating' ngan Allah = 27 minit
Total mase Allah bagi nikmat oksigen dn sebagainye = setiap saat

Tapi kebanyakan manusia skrang ramai yg cube untuk escape solat padahal ape salahnye kite luangkan mase selame 27 minit daripada 1440 minit sehari bertemu dngan Allah? Padahal Allah berikan kita nikmat penglihatan,oksigen dan sebagainya..

Memandang wajah ibu bapa pun mampu menjana PAHALA. Jika kita duduk sebumbung, bererti kita mendapat pahala bonus setiap hari. Hal ini jarang diketahui umum. Ramai menganggap wajah ibu bapa hanyalah wajah rutin yg biasa. Walhal, senyuman redha ibu bapa sangatlah disukai Allah swt.
Jom rebut PAHALA free ini. Pandanglah wajah ibu bapa korang dengan penuh kasih sayang.

SKIM AMANAH RAKYAT 1MALAYSIA (SARA 1MALAYSIA) DIBUKA MULAI 30 JANUARI 2012 | Permohonan untuk SARA 1Malaysia akan dibuka mulai 30 Januari 2012 dan layak untuk pemohon dengan pendapatan kasar antara RM500 hingga RM3,000 sebulan. Skim berkenaan dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, hari ini. Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dan Pengerusi PNB, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid.

Melalui SARA 1Malaysia, mereka yang berkelayakan akan berpeluang memohon pinjaman berjumlah RM5,000 untuk melabur dalam Amanah Saham 1Malaysia (AS 1Malaysia) dan akan menerima bayaran insentif yang menarik ke atas tabungan dan pelaburan yang dibuat. Melalui skim ini, insentif bulanan akan dibayar kepada peserta dalam bentuk unit tambahan AS 1Malaysia dan pelabur hanya perlu menjelaskan bayaran balik bulanan yang minimum selama lima tahun.
Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1Malaysia) akan diuruskan oleh syarikat tujuan khas (SPV), Malaysian Development Holdings Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Kementerian Kewangan Diperbadankan. Syarikat tujuan khas tersebut akan menjamin pelabur SARA 1Malaysia, skim khas untuk menggalakkan penyertaan golongan berpendapatan rendah menabung dan melabur. Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan Permodalan Nasional Bhd (PNB), Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman, berkata jumlah pembiayaan yang ditawarkan adalah RM500 juta dengan sasaran penyertaan seramai 100,000 isi rumah.

Adik Keje kt Parkson

Dah satu hari adik aku keje kat Parkson..harap-harap dapatlah sampai sebulan at least tue..start keje semalam 16/01/2012..dia kata happy sebab kawan-kawan kat sana pun ok..kenayakkan memang lepasan SPM jer yang keje kat sana..oklah tue boleh juga tambah duit poket nanti bila dah dapat gaji..alhamdulillah dapat juga pengalaman..macam aku dulu tak pernah merasa pulak keje semasa tunggu result SPM..ntah buat apa dh lupa..budak2 sekarang bertuah ada peluang..yang penting malas dan rajin jer...

Monday, January 16, 2012

Panduan memilih pakaian bayi

PANDUAN MEMILIH PAKAIAN BAYI

BAGI bayi yang baru dilahirkan, mereka sangat sensitif dengan keadaan persekitaran. Malah ada kajian yang dilakukan telah membuktikan bahawa kulit bayi adalah paling sensitif selain lebih nipis, kurang pigmentasi dan mempunyai kadar kelebatan kelenjar peluh yang tinggi.

Keadaan ini secara tidak langsung menyebabkan kulit bayi mudah terpengaruh dengan rangsangan dan panas matahari.

Oleh yang demikian, ibu bapa perlu berhati-hati ketika membeli pakaian dan secara tidak langsung perlu tahu bagaimana hendak memilih pakaian bayi agar kulitnya kekal sihat dan lembut.

Bukan itu saja, ibu bapa juga harus tahu bagaimana hendak menjaga pakaian bayi agar ia tidak memudaratkan kulit bayi.

Dari segi pemilihan baju, ia tidak hanya bergantung kepada corak dan warna baju.

Sebaiknya ciri-ciri seperti mudah dipakai, mudah ditanggalkan dan fabrik daripada jenis yang membolehkan bayi menyesuaikan suhu badannya dengan baik harus diberikan perhatian.

Jika boleh elakkan daripada menggunakan sebarang serbuk biologi atau pelembut kain ketika mencuci pakaian bayi kerana dikhuatiri akan merengsa kulit bayi yang sensitif dan lembut itu.

Terdapat beberapa ciri-ciri yang harus dijadikan panduan untuk memilih baju bayi anda.

Ikuti panduan berikut

Kain daripada kapas.
Pakaian yang dibuat daripada kain kapas boleh membantu menjaga kesihatan kulit bayi. Memakaikan bayi anda pakaian daripada kain kapas akan melindungi kulit bayi daripada kerengsaan disebabkan sentuhan atau geselan. Selain itu kain kapas mudah menyerap peluh dan sesuai dipakai ketika cuaca panas. Ketika musim hujan pula, kain kapas membantu tubuh bayi kekal hangat.

Pilih saiz yang tepat.
Ada ibu bapa yang membeli pakaian bayi agak besar dengan alasan boleh dipakai lebih lama tetapi jangan juga membeli pakaian yang hanya muat-muat badan dan terlalu ketat.Bayi sepatutnya memakai saiz new born dan sekiranya bayi anda dilahirkan besar, sebaik-baiknyanya pilih saiz pakaian bayi berusia satu hingga enam bulan. Usah pakaikan bayi dengan pakaian besar kerana ini membuatkan si kecil sukar bergerak dan kelihatan besar.

Elakkan baju bertali.
Hindarkan memilih pakaian bayi yang perlu diikat. Fesyen bertali hanya sesuai untuk orang dewasa dan bukannya bayi.Sebaliknya pilih baju yang berbutang pada bahagian depan kerana ia lebih mudah untuk anda memakaikannya.

Berleher lebar.
Pilih pakaian yang berleher lebar atau bulat supaya kepala bayi dapat masuk dengan mudah menerusinya dan berlengan lebar.

Butang.
Baju yang mempunyai butang di bahagian hadapan sesuai dan mudah dipakai sepanjang enam bulan pertama usia bayi.Manakala baju yang mempunyai butang pada bahagian bawah memudahkan kerja menukar baju dan lampin.

Penjagaan pakaian bayi

Asingkan pakaian
Jangan campur pakaian anda dengan pakaian bayi ketika membasuh.Mengasingkan pakaian bayi membantu mengelakkan bakteria pada pakaian dewasa terkena pakaian bayi anda.Ini menjamin kebersihan sekali gus menjamin kesihatan kulit bayi anda.

Guna sedikit sabun
Basuh pakaian bayi menggunakan sedikit sahaja sabun.Sabun yang terlalu banyak digunakan menyebabkan kulit bayi merengsa.

Cara basuhan tangan
Jika basuh menggunakan tangan, elakkan memberus terlalu kuat.Sebaiknya anda gosokkan dengan tangan sahaja dan ketika membilas pastikan benar-benar bersih dan bebas daripada sabun untuk mengelakkan sebarang kerengsaan apabila dipakai semula oleh bayi.

Cara basuhan mesin
Gunakan program basuhan lembut.Program basuhan biasa boleh merosakkan pakaian bayi dan sebaiknya usah guna cecair pemutih kerana ada bahan kimia yang boleh menyebabkan kulit bayi merengsa.

Tanda-tanda ingin tidur

Menurut pengkaji, seorang bayi yang LETIH/PENAT dan INGIN TIDUR akan menunjukkan tanda-tanda berikut:

# Bayi akan menangis/mengeluarkan bunyi ‘OWH’.

# Mulut bayi berbentuk ‘O’ dan seperti menguap.

# Menggosok-gosok mata.

# Bibir mata bayi kemerah-merahan.

# Pergerakan bayi akan tersentak-sentak.

# Menarik telinga.

# Menggeliat.

# Menolak badannya ke atas.

# Menggaru-garu kepala.

Friday, January 13, 2012

Amalan Romantik Suami Isteri

 Amalan Romantik Suami Isteri
1. Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja  masing-masing.
2. Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah, tambah rutin harian tadi dengan pelukan dan ciuman di bibir.
3. Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan.
4. Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I love you sepenuh hati sebelum keluar kemana-mana, menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur.
5. Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama kerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari berkerja.
6. Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan.
7. Luangkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari isu rumah tangga hinggalah politik semasa sebelum tidur.
8. Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan,jangan biar berlarutan walau untuk satu jam sekali pun apatah lagi berhari-hari. Jika boleh, biarlah berlaku dalam bilik ‘beradu suami isteri’ agar ia berakhir dengan ‘kemesraan’ jauh dari pandangan anak-anak.
9. Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka walau sambil membaca akhbar misalnya kerana apa yang penting ada berada disisi.
10. Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang.
11. Amalkan sembahyang berjemaah semasa di rumah, berdoa bersama serta bersalam-salaman selepasnya.
12. Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta tidak segan atau geli untuk menghabiskan makanan atau minuman isteri atau suami.
13. Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau kad untuk peristiwa tertentu, memakai pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja yang anda tahu pasangan pasti menyukainya.
14. Senda gurau dalam rumah tangga amat penting, ceritalah sesuatu yang kelakar, teka teki atau apa sahaja yang membolehkan anda ketawa bersama.
15. Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti susah payah isteri melahirkan anak dan suami yang berkerja keras menyara keluarga.
16. Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta untuk mengelakkan pasangan merasa jemu.
17. Apa sahaja masalah yang timbul, berterus terang dan berbincang bersama untuk menyelesaikannya.
18. Sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi suami/isteri yang baik dalam rumah tangga bahagia kerana fikiran positif akan memudahkan anda mencapai matlamat tersebut.
19. Setiap pagi berikan kucupan tanda sayang agar harinya dimulakan dengan senyuman, dan  malam  bisikan manja tanda terima kasih sepanjang hari berbakti kepada keluarga yang dibina bersama.Tidak salah juga minta maaf andai hari itu ada perkara yang mengguris hati suami/isteri, jangan tunggu raya sahaja!
20. Jika amalan-amalan di atas tidak pernah dilakukan sehingga anda membacanya hari ini, jadikanlah ia sebagai titik permulaan untuk melakukannya tanpa rasa ragu dan malu.

MEMERAH SUSU IBU

Sebab-sebab perlu memerah susu ibu:

*untuk membekalkan susu ibu kepada bayi yang terpisah daripada ibu sama ada kerana bayi/ibu dimasukkan ke hospital, atau ibu bekerja dan meninggalkan bayi kepada pengasuh
*bayi tidak dapat melekap pada puting payudara ibu dengan berkesan disebabkan lahir pramasa atau masalah oral
*untuk melegakan bengkak payudara atau duktus tersumbat dan mengelakkan mastitis
*puting payudara yang luka/melecet
*meningkatkan dan mengekalkan penghasilan susu

Cara memerah susu:

Memerah dengan tangan

*memerah dengan tangan adalah pilihan terbaik jika perlu memerah susu pada hari-hari 1-3 selepas kelahiran
*basuh tangan dengan bersih sebelum memerah
*sediakan bekas yang bersih dan steril
*lakukan pemerahan di tempat yang bersih, tenang dan selesa
*boleh dilakukan dalam keadaan duduk atau berdiri dalam keadaan yang selesa
*buat sedikit urutan pada payudara dan rangsang/gentel puting payudara untuk memberi rangsangan (refleks oksitosin atau let-down reflex)
*melihat gambar bayi juga boleh membantu menghasilkan refleks
*tuam panas payudara beberapa ketika juga boleh membantu menghasilkan refleks penghasilan susu
*buat pegangan “C” pada payudara, letakkan ibu jari di sebelah atas payudara berdekatan areola manakala jari telunjuk di bahagian bawah (utara dan selatan)
*tekan payudara ke belakang ke arah dada
*perah/picit dengan lembut menggunakan ibu jari dan jari telunjuk, picit selama 2 saat dan lepaskan
*teruskan memicit sehingga susu keluar
*perah ke dalam bekas yang bersih dan steril
*buat berulang kali sehingga tiada lagi susu keluar
*tukar posisi jari ke bahagian lain mengikut pusingan semua bahagian payudara (timur-barat, tenggara-barat laut, barat daya-timur laut)
*ulang proses memerah sehingga tiada lagi titisan susu
*tukar ke payudara yang satu lagi
*urut kedua-dua payudara dan mulakan sekali lagi 
*perah setiap payudara 5-10 minit secara bergilir
*setelah selesai memerah, sapukan beberapa titik susu ke atas puting dan keringkan puting payudara

Memerah dengan pam payudara

*baca panduan penggunaan pam dan panduan pembersihan peralatan mengepam sebelum menggunakannya
*basuh dengan bersih dan sterilkan peralatan mengepam
*basuh tangan dengan bersih
*duduk atau berdiri dalam keadaan yang selesa
*rangsang puting payudara untuk menghasilkan refleks oksitosin (let-down reflex)
*posisikan puting payudara ke dalam corong breast shield
*mula mengepam pada kelajuan hisapan paling rendah (jika menggunakan pam elektrik/bateri)
*boleh laraskan kelajuan hisapan mengikut keselesaan
*pam kedua-dua belah payudara secara bergilir-gilir
*masa mengepam antara 10-20 minit (berbeza mengikut individu)

Panduan umum:

1) Memerah susu ibu perlu dilakukan dalam keadaan tenang, selesa dan tidak menyakitkan
2) Urutan dan rangsangan pada puting payudara perlu untuk mencetuskan refleks oksitosin (let-down reflex)
3) Memerah dengan kerap adalah lebih berkesan untuk meningkatkan penghasilan susu ibu berbanding memerah dalam tempoh masa yang lama dalam satu sesi pemerahan
4) Pilih pam yang sesuai sama ada pam manual, atau pam elektrik, atau pam elektik yang boleh menggunakan bateri, single pump atau double pump
5) Pam yang baik adalah pam yang mampu meniru gaya hisapan bayi (baby mimic suction)
6) Patuhi rutin mengepam setiap hari (3-4 kali dalam tempoh bekerja 8 pg – 5 ptg)
7) Memerah susu pada waktu malam juga dapat meningkatkan penghasilan susu ibu
8) Ibu juga digalakkan memerah susu pada sebelah payudara sambil bayi menghisap payudara yang satu lagi

Tuesday, January 10, 2012

~Hadiah Besday Abang~

2 Januari adalah besday yang k-3 utk anak mama Muhammad darwisy Rizqi..so mama n papa dah berjanji nak hadiahkan basikal baru tuk anak mama...so kami pergi giant belikan basikal tuknya..kami suh sendiri abang pilih so dia pilih color merah..ternyata abang mmg minat color yang terang2..so apa lagi happylah tue dapat basikal...

 naik basikal sambil tgk color yg mama belikan tuk belajar mewarna...

Blog Dh boleh buka

Akhirnya blog ku yang lama telah dapat buka..alhamdulillah..so confuse pulak sbb dh ada dua blog pulak..hu..hu..so sekarang nie blogku"Seindah Sinaran kasihmu" dan Juga "Kaulah Segalanya"  tapi entrynyer lebih kurang sama jerlah..what ever pun ok jer..

Monday, January 9, 2012

MMA (8 Month)

Dah masuk 8 bulan adik mama nih..dalam 8 bulan..kuat makan tapi asyik nak tukar2 menu jer..mama pula tak kesempatan untuk membuat..hu..hu kesian anak mama..dalam 8 month ni jugalah mama busy pula bila tahun baru..my boss ni pun dah tunjuk belang dah..haru dibuatnya..sampai stress dibuatnya..yang menyedihkannya susu pun dah kurang dah..anak mama pun dah kuat menyusu so dah tak cukup dah tuk stoknya..so anak mama kena minum banyak ckit tuk susu formula..sib baik anak mama ni ok jer minum susu yang biasa...DUMEX jer namun anak aku semuanya alhamdulillah...sihat2 hendaknya...

 petang-petang naik maotor ngan papa..

 adik buat muka....ala..la...so cute...

 adik yang kuat makan...
 adik nak naik basikal abang...