Visit Me

Klik-Klik

must buy

Thursday, November 13, 2014

PTPTN

Bila dah dapat col dari pejabat PTPTN mulalah mengeletar rasanyer..yerla dah dapat surat guaman bagai apa taknyer..so hari ni terpanggil utk col PTPTn..alhamdulilah disambut baik..so secara tidak langsung aku terus tukar kepada sistem ujrah..
Penawaran Ujrah
  1. Penawaran Ujrah terbuka kepada semua peminjam konvensional (kecuali penerima WPP bukan peminjam) dan termasuk peminjam yang telah dikenakan tindakan penguatkuasaan.
  2. Pertukaran pinjaman kepada pembiayaan Ujrah (1%) kepada semua peminjam KECUALI :
    1. Peminjam disahkan meninggal dunia atau ilat; atau
    2. Peminjam yang telah mendapat pelepasan bayaran balik kerana mendapat Ijazah Kelas Pertama.
  3. Bagi peminjam yang memohon penukaran kepada pembiayaan Ujrah pada atau selepas 01 Januari 2015, satu bulan anggaran ansuran bulanan mengikut JBB Ujrah (merujuk kepada kalkulator Ujrah di portal PTPTN) perlu dibayar. Manakala, bagi kos duti setem, kos penguatkuasaan, kos insurans juga perlu dibayar terlebih dahulu (sekiranya ada) sebelum permohonan tersebut diproses.
  4. Berikut adalah perbezaan di antara peminjam yang ditawarkan sebelum dan selepas 01 Januari 2015 :

Bil
Perkara
Sebelum 01 Januari 2015
Bermula 01 Januari 2015
1.
Bayaran pendahuluan
Tiada sebarang pendahuluan ansuran bulanan diperlukan
Satu bulan anggaran ansuran bulanan mengikut JBB Ujrah perlu dibayar.
2.
Kos Penguatkuasaan dan Kos Pelbagai (Kos Duti Setem, Kos Insurans)
Bayaran boleh ditangguhkan semasa permohonan Ujrah dibuat. Tuntutan kos akan dilakukan secara berasingan selepas pertukaran ujrah.
Kos penguatkuasaan dan kos pelbagai perlu diselesaikan terlebih dahulu sebelum permohonan pertukaran ujrah diproses.
3.
Kaedah Permohonan
Melalui kaunter PTPTN dan online di portal PTPTN
Melalui kaunter PTPTN sahaja

Tempoh bayaran balik pembiayaan Ujrah
  1. Tempoh bayaran balik adalah berdasarkan Jumlah Prinsipal Ujrah.
    Jumlah Prinsipal Ujrah
    Tempoh Bayar Balik
    RM 10,000.00 dan kebawah
    60 bulan ( 5 tahun )
    melebihi RM 10,000 hingga RM 22,000
    120 bulan ( 10 tahun )
    melebihi RM 22,000 hingga RM 50,000
    180 bulan ( 15 tahun )
    melebihi RM 50,000
    240 bulan ( 20 tahun )
  2. Had umur maksimum bagi tempoh bayaran balik pembiayaan pendidikan Ujrah adalah sehingga 60 tahun sahaja.
 
Tempoh Sahlaku Perjanjian
Peminjam perlu memulangkan semula perjanjian yang telah dilengkapkan beserta setem hasil selewat-lewatnya 14 hari daripada tarikh surat tawaran pertukaran Ujrah. Jika gagal peminjam hendaklah memohon pertukaran pembiayaan Ujrah semula dengan jumlah prinsipal berbeza disebabkan penambahan kos pentadbiran.
 
Cara Permohonan
Permohonan pertukaran Ujrah boleh dibuat secara dalam talian atau di kaunter PTPTN di seluruh negara sepanjang tempoh promosi Jom Tukar Ujrah mulai 1 Oktober 2014 hingga 31 Disember 2014.
Sila klik di sini untuk permohonan secara dalam talian.
Bagi permohonan di kaunter, sila lengkapkan Borang Kemas kini Pertukaran Pembiayaan Ujrah dan hantarkan ke kaunter PTPTN berhampiran.

No comments:

Post a Comment