Visit Me

Klik-Klik

must buy

Tuesday, January 31, 2012

SKIM AMANAH RAKYAT 1MALAYSIA (SARA 1MALAYSIA)

Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1Malaysia(SARA1Malaysia/Skim) merupakan suatu skim khas yang diperkenalkan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk menggalakkan penyertaan golongan berpendapatan rendah menabung dan melabur di samping untuk membantu mereka menangani kesan kenaikan kos sara hidup semasa.

Skim ini dikendalikan dengan kerjasama Permodalan Nasional Berhad (PNB) serta institusi-institusi kewangan terlibat.

Melalui Skim ini, rakyat Malaysia yang berkelayakkan akan berpeluang untuk memohon pinjaman berjumlah RM5000 untuk melabur dalam Amanah Saham 1Malaysia (AS 1Malaysia) yang akan diuruskan oleh Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) dan akan menerima bayaran insentif yang menarik ke atas tabungan dan pelaburan yang dibuat.

CIRI-CIRI ISTIMEWA SKIM

  • Pembiayaan berjumlah RM500 juta kepada 100,000 isi rumah.Agihan adalah berdasarkan "permohonan awal didahulukan".Permohonan dibuka selama satu tahun mulai dari tarikh.Permohonan dibuka kepada awam atau sehingga semua peruntukkan pembiayaan habis dilanggan, yang mana lebih awal.
  • Agihan adalah terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia berdasarkan AS 1Malaysia iaitu:= Bumiputera-50%, Cina-30%, India-15%, Lain-lain-5%. 
  • Melalui Skim ini. insentif bulanan akan dibayar kepada peserta dalam bentuk unit tambahan AS1Malaysia.
  • Peserta hanya perlu menjelaskan bayaran balik bulanan yang minimum selama 5 tahun.
KELAYAKKAN
  1. Warganegara Malaysia berumur 18-58 tahun
  2. Pemohon mempunyai jumlah pendapatan isi rumah antara RM500-RM3000.
  3. Pemohon tidak muflis sepanjang tempoh pembiayaan pinjaman
  4. Pemohon dan/atau pasangan tidak menerima bantuan dari skim-skim khas lain Kerajaan yang diuruskan oleh Amanah Saham Nasional Berhad(ASNB) iaitu Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT),ASB Sejahtera dan ASW2020-Bandar
  5. Pemohon dan/atau pasangan tidak memiliki pelaburan di dalam mana-mana unit amanah ASNB ATAU sekiranya ada, jumlah pelaburan terkumpul adalah bersamaan atau kurang dari RM10,000
  6. Hanya salah seorang isi rumah yang layak memperolehi pembiayaan dan pinjaman, dan
  7. Kelulusan permohonan juga adalah tertakluk kepada syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh institusi kewangan.
DEFINISI ISI RUMAH
Isi rumah yang layak adalah individu dengan jumlah pendapatan kasar bulanan antara RM500-RM3000 yang merangkumi kategori berikut:-
i. Berkahwin - kombinasi pendapatan kasar saumi dan isteri dan
ii. Ibu tunggal- pendapatan kasar individu

PERMOHONAN
Pemohon perlu menyediakan dokumen-dokumen asal dan salinan seperti berikut:-
  • Kad pengenalan pemohon-2 salinan
  • Kad pengenalan pasangan (jika berkenaan)- 1 salinan
  • Dokumen Pengesahan Pendapatan
  • -Penyata gaji 3 bulan terkini ATAU Penyata Bank 3 Bulan terkini pemohon dan/atau pasangan
  • -Sekiranya tiada Penyata gaji atau Penyata Bank, perakuan dan pengisytiharan dalam BPPSARA1M Bahagian C akan diguna pakai.****
****BPPSARA1M MESTI dItandatangani dihadapan SAKSI*sama ada Majikan/Penghulu/Pegawai Jabatan Kemajuan Orang Asli/Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan & Profesional/Ahli Dewan Undangan Negeri /Ahli Parlimen.

No comments:

Post a Comment