Apakah punca yang menyababkan gemuk??? Jawapannya KALORI.
Kalori
tu apa??? Kalori tu pembekal tenaga. Kalori datang daripada makanan.
Kalau makan lebih tapi tak gunakan tenaga banyak dalam seharian,
lama-lama kita akan kumpul kalori berlebihan lalu jadilah LEMAK.
Apa yang membakar kalori??? METABOLISME.
Metabolisme adalah pembakar kalori.
Bagaimana
nak buat metabolisme lebih banyak membakar kalori??? Buat aktiviti
harian banyak dan bersukan. Makan makanan yang boleh naikkan metabolisme
badan macam cili padi dan air putih.
Ok, sekarang macam mana nak kurus??? Nak buat DIET pun boleh, nak bersukan pun boleh.
Sekarang kita pilih cara bersukan untuk kuruskan badan. Abaikan pasal diet.
Peranan
bersukan untuk kuruskan badan ni adalah dengan cara meningkatkan
penggunaan kalori sebagai tenaga. Apabila kita bersukan, metabolisme
akan membakar kalori dengan cepat berbanding aktiviti harian yang kita
buat.
Ok paham??? Kalau tak paham, ulang balik kasi paham.
Kalau dah paham, sekarang kita pergi chapter 2. Aku nak cerita pasal glycogen dan lemak.
Apakah
lemak??? Lemak adalah KALORI berlebihan yang ada dalam badan, akibat
daripada kita makan banyak tapi penggunaan tenaga seharian yang kita
pakai tak sama dengan kalori intake. Contohnya, aktiviti seharian kita
seperti bersolat, pergi kerja, tengok tv, bergosip dengan jiran, tidur
cuma perlukan kalori sebanyak 2000 sahaja. Kita pula makan (kalori
intake) nasi lemak, nasi putih, telor, air sirap, milo ais, karipap,
keropok lekor, sayur, vitamin-vitamin supplement yang mana jumlah
kalorinya ialah 2400 dalam sehari. Jadi kat sini, ada extra 400 kalori
masuk dalam badan, maka kalau ni lah amalan kita seharian, kita boleh
kumpul berpuluh ribu kalori dalam setahun yang menyebabkan terjadinya
lemak.
Ok paham??? Kalau tak paham, ulang balik ye.
Sekarang
apa plak glycogen??? Glycogen adalah APA YANG KITA MAKAN PADA HARI TU.
Maksudnya, jumlah kalori yang masuk dalam badan kita PADA HARI TERSEBUT.
OK???
Masa
kita makan, kita masuk kalori dalam badan kita. Kalori yang masuk dalam
badan kita pada hari tu dipanggil GLYCOGEN. Setelah kita buat aktiviti
seharian suntuk, jika ada GLYCOGEN LEBIH, ia jadi LEMAK.
Sekarang kita ulang balik, apa yang membakar KALORI? METABOLISME.
Dalam cerita ni, metabolisme bakar mana dulu??? Kalori daripada GLYCOGEN dulu atau LEMAK???
Metabolisme
akan membakar kalori daripada GLYCOGEN dulu. Dan bila kalori GLYCOGEN
dah habis, barulah metabolisme bakar kalori LEMAK.
Orang
gemuk kalau nak kuruskan badan, bila nak bersukan dia kena pastikan dia
bukan bakar kalori glycogen je, malah kena bakar kalori lemak gak. Haaaa
payah kan???
Maksudnya,
dia kena bersukan dalam tempoh yang lama agar dia dapat habiskan kalori
glycogen dulu untuk ke next stage iaitu membakar kalori lemak plak.
Mungkin kena bersukan sampai 2 jam kot... Larat ke???
So,
dekat sini kalau nak kuruskan badan melalui kaedah bersukan, kita mesti
kena ada plan. Kita nak bakar lemak dulu, kemudian baru bakar glycogen.
Tapi macam mana nak buat, dah memang lumrah dalam badan manusia,
metabolisme akan bakar glycogen dulu baru bakar lemak. Haaa camne nak
buat???
Matlamat kita ialah, bersukan untuk membakar lemak, dan aktiviti harian pula untuk membakar glycogen.
Macam
mana kita nak bakar lemak dulu, then baru glycogen??? Apa yang kita
boleh buat ialah, sebaik sahaja bangun dari tidur (bangun pagi), terus
solat then minum segelas air putih untuk tingkatkan metabolisme, dan
kemudiannya terus bersukan. Senang cerita, bersukan pada waktu pagi
sebelum ambil sarapan.
Kenapa???
Katakan hari ni kita makan makanan yang berjumlah 2400 kalori. Tapi
badan kita cuma memerlukan 2000 kalori je. So, dekat sini kita ada
lebihan 400 kalori. Esok pagi lepas bangun tidur, terus berbasikal
selama sejam yang mana aktiviti berbasikal selama sejam tu katakan la
boleh bakar 400 kalori. So kat sini BREAKEVEN. Win-win. Lemak tak
terjadi, sebab kita dah pakai glycogen habis.
Ok,
sekarang bayangkan kita makan makanan yang berjumlah 2000 kalori sama
seperti keperluan harian kita. Selepas tidur malam, kita bangun pagi dan
terus berbasikal dan membakar kalori sebanyak 400 kalori. Dekat sini,
metabolisme bakar kalori mana?? GLYCOGEN or LEMAK??? Of koz le lemak
dulu...
Sekarang,
kita bayangkan plak, kita bersukan dan melakukan aktiviti harian yang
memakai 2400 kalori dalam sehari. Tapi badan kita perlukan 2000 kalori
je. So, kat sini kita kurangkan 400 kalori dalam sehari.
Lebih cun plak, kita bersukan waktu pagi sebelum ambil breakfast which means kita burn LEMAK dulu instead burn GLYCOGEN.
Sekarang
tengok 2 perbezaan teknik kurus badan orang yang bakar glycogen dulu
then bakar lemak dengan orang yang bakar lemak dulu then glycogen:
Katakan
Sham pakai teknik bakar glycogen then lemak. Sham bangun pagi sebelum
nak ke ofis, dia breakfast dulu, then terus ke ofis. Habis waktu ofis
dia pergi bersukan (berbasikal). Lepas bersukan dia makan dan terus
masuk tidur.
Dekat
sini, konfem lepas Sham bersukan (berbasikal) dia akan rasa lapar tak
hingatttttttt... Tapi dia tetap mendisplinkan dari segi kalori intake.
Walaubagaimana pun, dia terseksa sebab letih sangat.
Fadly
plak pakai teknik bakar lemak dulu then glycogen. Fadly bangun je pagi
terus berbasikal. Lepas berbasikal, dia lapar tak hingat lalu dia makan
pagi. Lepas tu masuk ofis. Habis masuk ofis, dia makan malam, then
tidur. Fadly letih tak?????????? Dia lagi letih daripada Sham. Tapi
hanya pada waktu pagi.
Siapa
lagi cepat letih??? Dekat sini, Fadly akan lebih letih lagi. Tapi 3 jam
selepas dia ambil sarapan pagi, dia kembali pulih dengan cepat (tak
letih lagi) sebab glycogen bagi tenaga pada dia.
Sham
plak pada waktu pagi dia ada engergy sebab dia ambil glycogen dulu, tapi
3 jam selepas bersarapan, tenaga makin berkurangan. Lepas dia makan
tengah hari, still badan letih gak, pasal glycogen ambil masa untuk
ditukar kepada tenaga. Time Sham berbasikal waktu petang plak, dia
habiskan glycogen lagi. Dia tambah penat, jadi kena sumbat glycogen
lagi, makan malam plak. 3 jam lepas tu, segar balik.
Kita tengok antara Sham dan Fadly punya resting time.
Sham
mulakan aktiviti ringan dulu, kemudian aktiviti berat. Kemudian rest
(tidur). Cuba bayangkan graf penggunaan tenaga dia......
MENDATAR,MENINGGI , MENURUN......
Fadly punya graf penggunaan tenaga dia, MENINGGI, MENDATAR DAN KEMUDIAN MENURUN.
Ingat
dalam kepala hotak kita ni, aktiviti harian adalah tempoh yang lama (17
jam). Bersukan plak tempohnya sekejap (dalam sejam je). Tidur 6 jam.
Jadi
kita kena plan penggunaan tenaga kita untuk kita gunakan akitiviti
seharian kita. So choose which one, nak bakar lemak dulu ke nak bakar
glycogen dulu?
Waallahualam.
No comments:
Post a Comment