Petua meredakan demam kanak-kanak
Perkongsian dari Facebook. Letak kat blog supaya senang nak rujuk...
Ibubapa
mana yang tak bimbang bila anak- anak demam , kan? Melihat wajah yang
selalu gembira jadi monyok, biasanya aktif berbaring atas katil dan
selera makan yang hilang, selalunya kita sebagai ibubapa akan tak senang
duduk mengenangkan anak kesayangan yang demam.
Berikut disertakan petua bagi meredakan demam anak- anak:
1. Pastikan anak betul- betul demam
Suhu
badan manusia berubah- ubah mengikut waktu dan keadaan badan. Pada
waktu petang dan selepas bersukan misalnya , badan manusia lebih panas
dari pada biasa. Oleh itu dapatkanlah termometer bagi menyukat suhu
anak- anak. Termometer yang digalakkan ialah termometer digital , kerana
lebih selamat digunakan berbanding termometer kaca merkuri, walaupun
ketepatannya sedikit berkurangan.
Suhu badan biasa ialah 36- 37.4 darjah celcius.
Demam ringan: 37.5-38.4 darjah celcius.
Demam biasa: 38.4 – 39.9 darjah celcius.
Demam tinggi: 40-41.4 darjah celcius.
Demam
itu sendiri tidak merbahaya kepada otak manusia melainkan apabila suhu
melebihi 41.5 darjah celcius. Demam yang ringan boleh dirawat dengan
“sponging” dan menggalakkan anak minum air dengan banyak.
2. Boleh buat “sponging” atau menjelum anak bagi mengurangkan suhu.
“Sponging” merupakan satu kaedah yang telah digunakan bertahun- tahun bagi melegakan suhu anak. Cara untuk melakukan sponging ;
1. Sediakan air suam dalam besen, dan 3 helai tuala kecil.
2. Rendam tuala dan perahkan.
3. Lapkan air suam pada kepala anak perlahan- lahan menggunakan tuala pertama , dan biarkan.
4. Lapkan air suam pada pada kedua- dua ketiak anak menggunakan tuala kedua, dan biarkan di celah ketiak.
5. Lapkan air suam pada paha dan celah paha menggunakan tuala ketiga , serta biarkan seketika.
6. Ulangi dan lakukan selama 30 minit.
JANGAN GUNAKAN AIR SEJUK/ AIS!
Air
sejuk/ ais akan menyebabkan badan menggigil, dan badan akan memberitahu
otak, bahawa badan kesejukan. Otak akan bertindakbalas dengan
meninggikan suhu lagi, dan demam akan menjadi lebih tinggi.
Terdapat
ibubapa yang mencampurkan asam jawa kepada air, dan memandikan
anak-anak dengan air ini. Tidak ada halangan untuk menggunakan cara ini
bagi menyejukkan badan.
3.Berikan ubat demam paracetamol mengikut dos dan jangkawaktu yang ditetapkan.
Ubat
paracetamol ( atau panadol) merupakan ubat melegakan demam, menahan
sakit dan mengurangkan radang yang telah diuji selama bertahun- tahun
selamat digunakan selagi tidak melebihi dos maksimum yang dibenarkan.
Dakwaan bahawa paracetamol akan berkumpul di dalam hati dan merosakkan
hati adalah tidak benar, jika diberi mengikut sukatan dan jangkawaktu
yang ditetapkan.
Ianya selamat untuk bayi seawal usia 2 bulan dan
boleh digunakan oleh kanak- kanak serta orang dewasa. Malah mereka yang
mempunyai masalah gastrik atau pedih ulu hati, juga boleh
menggunakannya.
Sekiranya demam anak- anak didapati tinggi,
melebihi 38.5 darjah celcius, boleh berikan loading dose 20 mg/ kg.
Selepas itu, boleh diberi dengan dos biasa 15 mg bagi setiap kg setiap
4-6 jam. Tetapi pastikan tidak melebihi 4 dos sehari.
Contohnya:
anak 3 bulan ke bawah:
kirakan berat badan misalnya 4 kg , jadi
4×20 mg= 80 mg – beri semasa pertama kali badannya demam.
Selepas 8 jam , 4 x 15 mg= 60 mg setiap dos.
Jika anak berusia 1 tahun, beratnya 6 kg
6×20= 120 mg, dos pertama.
Selepas 6 jam, dos kedua 6×15 = 90 mg.
Sekiranya
dos pertama diberi pada jam 6 pagi, berikan dos seterusnya pada jam 12
tengahari, 6 petang dan jangan lupa bangun malam, untuk memberikan dos
keempat pada jam 11-12 tengah malam. Saya dapati jika ibubapa mematuhi
waktu ini,termasuk dos tengah malam, insyaAllah demam ketika malam
tidaklah begitu tinggi dan anak pun boleh tidur dengan selesa.
HARAP PERHATIKAN KEPEKATAN UBAT PARACETAMOL ANDA
Jika kepekatannya 120 mg/5 mL- maka 60 mg bersamaan 2.5 ml
Jika kepekatannya 250 mg/5 mL – maka 60 mg bersamaan dengan 1.2 mL
Biasanya
kepekatan 120 mg/5 mL untuk bayi/ kanak- kanak 6 tahun ke bawah.
Kepekatan 250 mg/5 mL selalunya digunakan untuk kanak- kanak 6 tahun
hingga 12 tahun.
Jika dos yang diberi tidak mencukupi,
kemungkinan demam tidak akan surut. Jika terlebih dos , barulah boleh
mengganggu fungsi hati. Oleh itu, diminta ibu bapa mengira dengan teliti
serta menggunakan picagari supaya kiraan yang dibuat adalah tepat.
4. Galakkan anak minum air dengan banyak
Letakkanlah
sebotol air di tepi katil anak- anak dan segelas cawan. Jika anak- anak
boleh memahami, beritahu dia supaya menghabiskan segelas air dalam masa
1 jam contohnya. Mintalah dia minum sedikit- sedikit, tetapi kerap.
Jika
anak masih kecik, ibubapa harus rajin dan memberi anak minum sedikit-
sedikit tetapi kerap, contohnya setiap 10-15 minit, suapkan 2-3 sudu
air.
Boleh beri apa saja air kegemaran: jus buah, Ribena, Milo,
air suam asalkan tidak mempunyai gas( air berkarbonat) atau air yang
mempunyai kafein tinggi seperti Nescafe/ kopi.
Untuk menambah air
di dalam badan, boleh memasakkan makanan yang mempunyai kandungan air
yang banyak seperti sup ayam, bubur dan lain- lain.
Ibubapa boleh
menilai tahap hidrasi anak-anak dalam artikel ini. Jika anak mengalami
dehidrasi sederhana atau teruk, bawalah berjumpa doktor/ terus ke
hospital untuk rawatan lanjut.
5. Berikan suppository paracetamol jika anak muntah
Dalam
kes jangkitan virus, anak selalunya akan mengalami rasa loya dan
muntah, dan kerap kali tidak dapat menelan ubat yang diberi. Ibubapa
boleh menggunakan suppository paracetamol ( ubat berbentuk seperti roket
yang dimasukkan ke dalam punggung) bagi menggantikan sirap paracetamol.
Terdapat 2 dos bagi suppository paracetamol iaitu 125 mg dan 250 mg. PASTIKAN dos yang diberi adalah tepat. Amnya, jika anak mempunyai berat 15 kg, paracetamol 125 mg. Jika anak mempunyai berat 20-30 kg, boleh diberi dos 250 mg.
Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kekurangan dalam pemberian suppositoy paracetamol
-
oleh kerana ia bukan sirap dan keras, agak sukar memberi dalam dos yang
tepat. Sekiranya dipatahkan, tidak semestinya ia tepat.
- penyerapan
ubat melalui punggung adalah tidak sekata. Walaupun suhu mungkin turun
dengan cepat, ia juga boleh naik semula dengan cepat. Bebarapa kajian
menunjukkan sirap Paracetamol yang dimakan dan diproses oleh perut
adalah bertindak dalam darah lebih pantas dan lebih stabil dari supp
paracetamol.
Atas sebab di atas, penggunaan sirap/ tablet
paracetamol adalah lebih digalakkan berbanding suppository. Suppository
boleh digunakan jika anak muntah- muntah dan tidak dapat makan ubat.
6. Pakaikan anak-anak dengan pakaian nipis supaya haba dalam badan boleh keluar
Ibu
bapa digalakkan memakaikan anak- anak dengan baju yang nipis supaya
haba boleh keluar. Pakaian yang tebal akan meningkatkan suhu badan anak-
anak. Kain kapas dapat menyerap peluh dengan baik dan anak- anak juga
lebih selesa.
7. Sekiranya telah memberi paracetamol tetapi masih
tinggi, ibubapa boleh memberikan ibuprofen sebagai tambahan kepada
paracetamol.
Ibuprofen adalah sejenis ubat meredakan radang dari
kumpulan NSAIDS. Ianya telah disahkan selamat untuk digunakan untuk
kanak- kanak dan bayi berumur 2 bulan ke atas. Ibuprofen diberi 3 kali sehari.
Sekiranya
digunakan sebagai tambahan kepada paracetamol, ibuprofen dan
paracetamol diberi berselang 6 jam. Ini supaya ubat paracetamol/
ibuprofen sentiasa berada dalam badan tanpa putus. contohnya
Pukul 6 pagi- paracetamol
Pukul 9 pagi- ibuprofen
Pukul 12 tgh- paracetamol
Pukul 3 petang- ibuprofen
Dos untuk ubat ibuprofen
Bayi 1-2 tahun: 2.5 ml , 3-4 kali sehari
Kanak-kanak 3-7 tahun: 5 mL 3-4 kali sehari
Kanak-kanak 8-12 tahun: 10 mL, 3-4 kali sehari.
Seboleh- bolehnya Ibuprofen diberikan selepas makan tengahari/ malam/ sarapan pagi.
Akhirnya,
sekiranya demam masih tinggi dalam 2-3 hari, bawalah berjumpa dengan
doktor bagi memastikan beliau tidak mengidap masalah jangkitan yang
serius dan berbahaya seperti demam denggi atau meningitis( radang pada
otak).
Sumber: Facebook Anak-anak Comel

tumpang baca...
ReplyDeletegud info!
tula kekadang kita terlupa bila anak demam baru review semula..
ReplyDelete