Visit Me

Klik-Klik

must buy

Thursday, December 22, 2011

Demam Campak

Dua hari cuti menjaga bb afsar kerana dia demam pada suhu yang agak tinggi juga 38C.disebabkan x sanggup nak tinggalkan walaupun masa tu mak metua ada kat rumah..so xperlah aku ambil cuti tuk jaga anak kesayangan..mmg seronok berada kat umah nie..pada malam tue bb nangis teruk sangat tak tahu nak buat  apa dah bubuh minyak yuyi kot sakit perut tapi still nangis juga..aduhh..risaunyer..sampat bawa naik kereta pada malam baru senyap..aii apa adik anie nak keluar nampaknye maybe dia bosan dok kt dalam umah x kuar2 kot...pelik btul la adik mama nih..pastu hari ahad pergi klinik Lita Alis kt Presint 9.. doc masukkan ubat dalam buntut, aku bagi ubat antibiotik baru ok..suhu badan pun dah trun ..alhamdulillah..Pastu bila demam ok aku tgk ada bintik2 merah lak kat badan adik..alamak rupanya2 adik campak la...patut la asyik nangis mak ckp bila benda tu nak kuar dia macam2 gatal2..kesian adik..

Demam Campak
Apa itu demam campak?
Demam campak ( Rubeola ) adalah jangkitan akut pada kanak-kanak disebabkan virus
measles. Pesakit demam campak biasanya mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan dan
disertai ruam pada kulit. Penyakit ini sangat mudah menular kepada orang lain melalui titisan
cecair dari mulut dan hidung semasa bercakap, batuk atau bersin.
Bagaimana pun kebanyakan kanak-kanak di Malaysia telah kebal (immun) pada penyakit ini
sejak adanya program campak kebangsaan.
Apakah tanda-tanda demam campak?
Antara 10 – 12 hari selepas dijangkiti penyakit, pesakit mula menunjukkkan tanda dan gejala
demam campak seperti:
• Demam tinggi
• Batuk, selsema dan sakit tekak
• Mata berair dan sensitif kepada cahaya
• Sakit otot
Ruam demam campak Dua atau tiga hari kemudian timbul ruam-ruam, bermula dibahagian muka dan kepala
kemudian merebak kebahagian badan, tangan dan kaki. Ruam akan kekal selama 4 – 7 hari.
Semasa ruam timbul, suhu badan biasanya sangat tinggi.
Demam campak boleh menjangkiti orang lain dalam masa seminggu sebelum timbul ruam
sehingga 4 hari selepasnya.
Adakah setiap demam yang disertai ruam merupakan
demam campak?
Tidak. Deman campak sering dikelirukan dengan penyakit Rosela Infantum yang disebabkan
oleh virus lain tetapi mempunyai ciri-ciri yang sama dengan deman campak melainkan
selepas 2–3 hari ruam timbul, demam biasanya akan berkurangan.
Apakah kesan demam campak pada kanak-kanak?
Kebanyakan kanak-kanak yang menghidapi demam campak akan sembuh dengan sempurna.
Bagaimana pun kadangkala boleh terjadi komplikasi yang serius terutama golongan yang
menghidapi kekurangan zat makanan dan mempunyai imum sistem kekebalan yang rendah.
Antara lain komplikasi yang sering terjadi adalah:
• Jangkitan pada telinga
• Jangkitan paru-paru (Pneumonia )
• Jangkitan pada otak (encephalitis)
• Cirit birit
Kes yang serius boleh berakhir dengan kematian.
Bagi wanita hamil pula, boleh menyebabkan keguguran atau kelahiran pramatang.
Bagaimana merawat demam campak?
Tiada rawatan yang spesifik tetapi hal-hal berikut dapat mengurangkan gejala :
• Panadol untuk mengurangkan demam
• Hindari cahaya terang kerana ia menyakitkan mata
• Berehat dan minum air yang cukup.
Ruam tidak perlu dirawat kerana ia akan hilang sendiri.
Pesakit dinasihatkan untuk tinggal di rumah supaya tidak menjangkiti orang lain. (4 hari
selepas ruam timbul). Bolehkah demam campak dicegah?
Boleh. Demam campak boleh dicegah melalui pemberian suntikan immunisasi MMR
(Measles, Mumps and Rubella) pada usia 12 bulan dan kemudian ketika berumur 7 tahun.
MMR adalah vaksin yang selamat. Adalah tanggungjawab ibubapa untuk memastikan anak
mereka mendapat immunisasi.
Sekiranya anda terdedah kepada pesakit demam campak sila dapatkan nasihat doktor atau
petugas kesihatan

No comments:

Post a Comment