Naper la boleh tersalah bagi no phone sendiri lak...beli topup tapi tersalah no kat depan dari 019 ke 013..tup-tup tnggu topup x dapat2..x pernah terjadi dalam hidupku...free2 jer dapat ker kat pakcik mana ntah dari kelantan juga bila aku colnyer...mmg x dapatlah kot sebab katanya dia x pandai nak transfer balik kredit tu..hu..hu...mungkin ada hikmah disebaliknya kot..redha jerl;a xder rezeki katakan...tapi dalam hati sedih..hu...hu...moral of the story lain kali berhati2...frustnyer wpun RM10...byk tu bg ku...
Wednesday, December 28, 2011
Tuesday, December 27, 2011
Jalan-Jalan Mines Krismas 2011
Darwisy asyik nak tgk ikan jer bila sampai sana..Dah lama btul kami x ke Mines sejak ada adik lum datang lagi..bukannya apa bila jalan abang lak buat perangai..x larat nak jalan la..ni pun pergi my mum n adik ada..round2 tgk ikan kt tasik..besar-besar ikan kat situ..lupalak nak snap ikan-ikan kat situ..round punya round..bila sampai tempat mainan apa lagi abang request nak naik la..habis semua kete nak di naiknya...adik pun nak naik juga..hu..hu...adik pun dh pandai nie..ikut abang la nie...
Monday, December 26, 2011
Pulut Sekaya
Dah lama rasa nak makan kuih nie..lau kami orang pantai timur pulut sekaya ni banyak time bulan Ramadhan di Bazar Ramadhan..aku mmg suka kuih nie..dah lama nak buatnyer tapi tak jumpa resepi so bila mengodek-dodek tenet ada resepi yang ori dari kelate mmg bestla blog tu sbb semua resepi ore kelate mmg sesai dengan aku yang suka manis-manis nie..
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhOkrO9js9UlMZa7kz4eJ7GXaKGbJxODxee-3_WSQ1r9rG0sTT4wrT0BbkCRTdtjDTtGsQpqOxXJPAXEf_o9K0O1kH28Kc_MjdBrMfJr0oNex1arNPv0f_Nbc9bOHKp5KcXTvLE8keedobC/s320/pulut+sekaya.jpg)
tapi macam biasalah sbb xder loyang so aku bantai jer dlm periuk..lau nak cantik mesti dalam loyang la..so oklah sbb first time buat..mmg menjadi lain kali buat lagi...
Bahan2nya:
* Secawan beras pulut *untuk lebih tebal lapisan pulut boleh buat secawan setengah*
* pati santan setengah cawan dicampur dengan air masak
* 4 biji telor
* 2 keret manisan siam
* daun pandan di simpul
* secubit dua garam
Cara:
1. Cairkan manisan + sedikit air + daun pandan yang disimpul.
2. Kukus pulut + santan + sedikit garam + daun pandan yang disimpul. Santan paras2 tenggelam pulut.
3. Bila manisan dah cair, keluarkan daun pandan dan sejukkan sebentar.
4. Kepok telor kemudian masukkan manisan. Kepok lagi biar mesra ke dua-duanya. Tambahkan secubit dua garam.
5. Bila pulut masak, keluarkan daun pandan, karih2kan pulut biar serata kemudian tekan2 kan sedikit biar padat di dalam loyang.
6. Kukus balik pulut selama 5 minit.
7. Sesudah itu taburkan sedikit gandum di atas pulut lalu dicurahkan adunan telor dan manisan ke atas nya.
8. Kukus lah sampai masak +- 15 hingga 20 minit.
9. Tunggu sejuk, baru elok untuk dihidangkan.....
Saturday, December 24, 2011
Kuah Kacang Dan Nasi Impit
Cuti-cuti kt rumah jer sebb my mum n adik pun dah ada kat umah..so xderlah mcm orabg lain yang cuti2nyer balik kg sebab aku orang kampung dah ada kt bandar..seronok memhabiskan masa bersama keluarga tersayang..so apa lagi bila mak ada so kita makan-makan menambahkan kalori lah pulak..hu..hu... so menu pagi ni kuah kacang bersama nasi impit..nasi impit ni aku beli yang siap dah siap masak atas dapur..tapi berjam-jam jugaklah ..kuah kacang macam biasa my mu aku yang buat..bukan susah pun taoi sengaja nak rasakan air tangan my mum pulak..dulu pun aku pernah buat juga tapi macam kureng pula..
memang berbaloi buat sebab semua mmg suka kecuali papa jer yang x suka sebab xder sate..so kami jerla yang layan..
Bahan-bahan
15 ulas bawang merah – dikisar
2 ulas bawang putih – dikisar
1 inci halia – dikisar
1/2 inci lengkuas – dikisar
4-5 sudu cili kisar
3 batang serai – dititik
1 tin santan (125-150 mL)
1 keping gula Melaka
Gula dan garam
500g kacang tanah
Minyak masak untuk menumis
Cara-cara
Goreng kacang tanah tanpa minyak. Separuh dikisar hancur dan separuh lagi dikisar separa hancur.
Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan-bahan yang dikisar sehingga naik bau.
Masukkan cili kisar, santan dan serai. Kacau sekata dan masak selama 5 minit sebelum dimasukkan kacang tanah dan gula melaka. Masukkan sedikit air jika kering.
Masak sehingga pekat. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
Siap untuk dihidangkan bersama-sama nasi impit, sate atau cucur udang.Thursday, December 22, 2011
MMA(6month)
Umur 6 bulan adik pandai kehadapan...Berat adik masa ni dah 8.2kg..ni berkat khasiat susu mama nie..good boy anak mama..
leka bermain car abang...
sampai meleleh air liur yg x tahan tue..
adik juga suka main ball
main ball ngan papa
adik dah pandai naik walker
7 Month
Tup tap-tup tap dah 7 month adik..dah pandai merangkak dan duduk dengan sendiri. dan juga dh pandai bangun berdiri tapi masih lagi dengan bantuan..
Adik memang suka g kat komputer..bila abang dok tgk citer kt pc sibuk gak la adik nak joint sama..ni adik dh konker pc sbb abang dah tdo
Laksa Kelantan
My mum sampai magrib pada 20/12/2011..happy sangat setelah sekian lama sebab dah lama aku tak jumpa my mum..happy sangat bila orang-orang yang tersayang berada kat depan mata..rasanya semuanya sempurna tanpa memikirkan ketakutan,kegelisahan dan juga kebimbangan..macam biasalah my mum bila datang macam-macam dibawanyer beras,budu makanan lain..amat terharu rasanya..itulah kasih ibu kepada anaknya..aku amat memahami,.
so aku mmg xder mood nak kerja sementara my bb pun x berapa sihat so berkampung la kami kat umah..seronok sangat..my mum bawa laksa dan laksam dari kelantan lagi so pagi ni kami buat kuah lasa pagi2 lagi cos kelurga mertua dah nak pulang ke Bera dah sebb bapa mertua terpaksa kerja..so aku tapaukan kt mertua laksa tersebut..
Lama betul dah aku tak makan laksa hasil air tangan my mum..best sangat..so kami dapat menikmati sepuasnya..Darwisy apa lagi favnyer laksam..berkali2 makan...mmg suka sangat tue..
Perbezaan Penyakit Demam Campak (Rubeola) dan Cacar Air (Chicken Pox)
Itu aku pelik nie anak aku kena demam Campak (Rubeola) sbb dia merah jer bukannya chicken pox yang besar2 tue..
Adakah penyakit demam campak (rubeola) dan cacar air (chicken pox) ialah sama atau berbeza? Jawapannya ialah penyakit demam campak (rubeola) dan cacar air (chicken pox) ialah penyakit yang berbeza. Apa perbezaan penyakit demam campak (rubeola) dan cacar air (chicken pox)? Demam campak ( Rubeola ) adalah jangkitan akut pada kanak-kanak disebabkan virus measles. Pesakit demam campak biasanya mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan dan disertai ruam pada kulit. Penyakit ini sangat mudah menular kepada orang lain melalui titisan cecair dari mulut dan hidung semasa bercakap, batuk atau bersin.
Manakala virus cacar air (chicken pox) pula dikenali sebagai virus varicella. Ia adalah virus sama yang menyebabkan kayap. Ini ialah jangkitan biasa yang berlaku di kalangan kanak-kanak yang disebabkan oleh virus. Ia merupakan penyakit yang senang berjangkit dan boleh merebak dari seorang ke seorang. Seseorang yang dijangkiti virus ini akan mengalami demam dan timbul ruam lepuh (blisters).
Cacar air (chicken pox) kebiasaannya hanya akan dialami sekali sahaja seumur hidup bagi setiap orang. Tapi boleh berkemungkinan juga terkena lebih dari sekali. Bergantung pada sistem imun setiap orang. Demam Campak (Rubeola) pula boleh dicegah dengan pengambilan vaksin MMR (Measles, Mumps and Rubella).
Demam Campak
Dua hari cuti menjaga bb afsar kerana dia demam pada suhu yang agak tinggi juga 38C.disebabkan x sanggup nak tinggalkan walaupun masa tu mak metua ada kat rumah..so xperlah aku ambil cuti tuk jaga anak kesayangan..mmg seronok berada kat umah nie..pada malam tue bb nangis teruk sangat tak tahu nak buat apa dah bubuh minyak yuyi kot sakit perut tapi still nangis juga..aduhh..risaunyer..sampat bawa naik kereta pada malam baru senyap..aii apa adik anie nak keluar nampaknye maybe dia bosan dok kt dalam umah x kuar2 kot...pelik btul la adik mama nih..pastu hari ahad pergi klinik Lita Alis kt Presint 9.. doc masukkan ubat dalam buntut, aku bagi ubat antibiotik baru ok..suhu badan pun dah trun ..alhamdulillah..Pastu bila demam ok aku tgk ada bintik2 merah lak kat badan adik..alamak rupanya2 adik campak la...patut la asyik nangis mak ckp bila benda tu nak kuar dia macam2 gatal2..kesian adik..
Apa itu demam campak?
Demam campak ( Rubeola ) adalah jangkitan akut pada kanak-kanak disebabkan virus
measles. Pesakit demam campak biasanya mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan dan
disertai ruam pada kulit. Penyakit ini sangat mudah menular kepada orang lain melalui titisan
cecair dari mulut dan hidung semasa bercakap, batuk atau bersin.
Bagaimana pun kebanyakan kanak-kanak di Malaysia telah kebal (immun) pada penyakit ini
sejak adanya program campak kebangsaan.
Apakah tanda-tanda demam campak?
Antara 10 – 12 hari selepas dijangkiti penyakit, pesakit mula menunjukkkan tanda dan gejala
demam campak seperti:
• Demam tinggi
• Batuk, selsema dan sakit tekak
• Mata berair dan sensitif kepada cahaya
• Sakit otot
Ruam demam campak Dua atau tiga hari kemudian timbul ruam-ruam, bermula dibahagian muka dan kepala
kemudian merebak kebahagian badan, tangan dan kaki. Ruam akan kekal selama 4 – 7 hari.
Semasa ruam timbul, suhu badan biasanya sangat tinggi.
Demam campak boleh menjangkiti orang lain dalam masa seminggu sebelum timbul ruam
sehingga 4 hari selepasnya.
Adakah setiap demam yang disertai ruam merupakan
demam campak?
Tidak. Deman campak sering dikelirukan dengan penyakit Rosela Infantum yang disebabkan
oleh virus lain tetapi mempunyai ciri-ciri yang sama dengan deman campak melainkan
selepas 2–3 hari ruam timbul, demam biasanya akan berkurangan.
Apakah kesan demam campak pada kanak-kanak?
Kebanyakan kanak-kanak yang menghidapi demam campak akan sembuh dengan sempurna.
Bagaimana pun kadangkala boleh terjadi komplikasi yang serius terutama golongan yang
menghidapi kekurangan zat makanan dan mempunyai imum sistem kekebalan yang rendah.
Antara lain komplikasi yang sering terjadi adalah:
• Jangkitan pada telinga
• Jangkitan paru-paru (Pneumonia )
• Jangkitan pada otak (encephalitis)
• Cirit birit
Kes yang serius boleh berakhir dengan kematian.
Bagi wanita hamil pula, boleh menyebabkan keguguran atau kelahiran pramatang.
Bagaimana merawat demam campak?
Tiada rawatan yang spesifik tetapi hal-hal berikut dapat mengurangkan gejala :
• Panadol untuk mengurangkan demam
• Hindari cahaya terang kerana ia menyakitkan mata
• Berehat dan minum air yang cukup.
Ruam tidak perlu dirawat kerana ia akan hilang sendiri.
Pesakit dinasihatkan untuk tinggal di rumah supaya tidak menjangkiti orang lain. (4 hari
selepas ruam timbul). Bolehkah demam campak dicegah?
Boleh. Demam campak boleh dicegah melalui pemberian suntikan immunisasi MMR
(Measles, Mumps and Rubella) pada usia 12 bulan dan kemudian ketika berumur 7 tahun.
MMR adalah vaksin yang selamat. Adalah tanggungjawab ibubapa untuk memastikan anak
mereka mendapat immunisasi.
Sekiranya anda terdedah kepada pesakit demam campak sila dapatkan nasihat doktor atau
petugas kesihatan
Monday, December 19, 2011
Abang n Adik Tinggal ngan Tok Ma
Semalam keluarga mertua sampai hari isnin smp rabu nie ada kt umah...so aku plan nak tinggal adik ngan abang ngan mak mertua sbb adik pun ada..kesian gak nk g umah opah pun pagi2 asyik nangis jer... pagi tadi aku tinggalkan abang n adik..abang cam biasalah melalak dulu..adik ok jer cool.jer..good boy adik..tadi bila aku dh smp ofis aku call adik tanya diaorang camner..adik ckp ok jer..bb pun dah tdo...rasa senang jer nak keje bila anak2 ok...Tak sabarnyer nak jumpa petang nanti..dan x sabar juga nak tunggu kedatangan my mum nanti.
.![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg7vE0RkqEqVSC8jEI67SXFEu_KnOakKLtrCavO0G-0x1n7wGNpyQ-dvwXqkSLhw21fSKd6ipRqZJldVnAtqmlrq5WnD6fl8cprKKffMVEFcCAG9C1SdDVUDYcelAaTxWuqj4VdqeCZh5EX/s320/SAM_0341.JPG)
Sunday, December 18, 2011
Bubur Bayam
Bila hari minggu cuba untuk buat yang terbaik untuk anak-anak..so aku ambil kesempatan waktu cuti ini buat bubur nasi tuk my bb sbb dia xnak makan nestum or bubur kosong..so akubuatkan bubur bayam bersama ayam..
Bahan -bahan
sedikit beras
bayam
ayam
Cara-Cara
masakkan nasi atas dapur sehingga menjadi kembang dan lembik,masukkan bayam dan ayam kacau lagi.lepas tu masukkan dalam blend dan kisar sehingga halus.
Dengan harapan agar adik makan..
Time to eat;;
mama akan buat lagi tuk adik yer.
pic ni dsnap oleh abang ni tu yg blur jer..
Friday, December 16, 2011
Triffle
Bahan-Bahan
1 tin susu cair
1 sd besar gula (secukup rasa-nk manis tambah lagi)
½ cawan tepung kastard
1 mangkuk air- utk dicampurkan dengan kastard
1 biji kek gulung sederhana saiznya
1 tin buah-buahan campur- asingkan air dan buahnya
1 peket agar-agar jeli kristal Nona(perisa Rasberry)
1 mangkuk air panas
Cara-cara
Bancuh tepung kastard dengan semangkuk air sejuk. Masukkan bancuhan tadi ke dalam susu cair yang sedang mendidih, Masak hingga betul-betul pekat dan kastard pekat. Tutup api.
Di dalam bekas berasingan, susunkan kek gulung sehingga habis. Kemudian, basahkan dengan air buah-buahan tin.
Masukkan buah-buahan tin hingga habis.
Tuangkan bancuhan kastard ke atas susunan buah-buahan tadi.
Untuk jeli, larutkan jeli bersama semangkuk air panas. Kacau hingga sebati.
Akhir sekali, tuangkan jeli tersebut di atas kastard dan sejukkan. Bila betul-betul kerMenu For My bb
Akhirnya jumpa jugak buku yang ada menu tuk my lovely bb..tu skrg tgh fikir nk buat apa tuk my bb nie sbb dia xnak makan..nestum pun makan ckit2 jer..lebihkan menyusu..dah 7 bulan..gigi pun dah ada 4 btg..2 atas dan 2 bawah.Pernah buat bubur kosong tapi bb buat muka jer bila disuap..mmg dia xmo maybe xder rasa juga t tapi for bb mmg masakan x bleh letak apa2 perisa..Jumpa majalah RASA ni keluaran Januari 2012 khas untuk menu harian anak..alhamdulillah..aku x sabar nak buat pada hari minggu nie harap my bb suka...
Wednesday, December 14, 2011
8 Rahsia Petua Melayu Lama
Dalam masyarakat tradisi Melayu terdapat banyak petua-petua untuk perawan(anak dara) yang elok diamalkan agar sentiasa dipandang menarik,menawan dan cepat dipinang orang. Ini juga merupakan petua-petua yang boleh diamalkan terus oleh wanita yang telah berkahwin dan telah mempunyai anak. Petua petua berikut adalah koleksi dari pelbagai dan tulisan.
1) Bangkit Bersambut
Apabila mahu tidur malam,duduk berlunjur dan rebahkan badan ke tilam tanpa menongkatkan badan dengan tangan. Apabila mahu bangkit dan tidur,lunjurkan kaki dan bangunlah tanpa menongkatkan badan dengan tangan. Cecah ibu jari kaki dengan kedua tangan.
2) Wajah suci
Apabila bangun pagi,jika membaasuh muka elakkan dari mencucinya dengan menggunakan sebarang alat pencuci atau mengesat muka dengan sebarang pengesat. Biarkan air itu kering sendiri pada muka.Jika mengambil air sembahyang pun,usahlah dikesat air itu,biarkan ia kering sendiri. Ini berfaedah mengekalkan kecantikkan asli wanita dan menjadikan muka bercahaya dan segar kerana pelembap asli muka tidak dibuang.
3) Menyegarkan Payudara
Apabila mandi,terutamanya di awal pagi, cucurkan air pancuran atau air paip keatas kedua-dua belah payudara agar payudara sentiasa subur dan segar, tidak mudah jatuh.
4) Taman Semerbak
Mewangi Amalkan memakan makanan yang segar seperti ulam-ulaman yang wangi baunya dan sayur-sayuran yang wangi sejak dari perawan. Amalkan sentiasa. Nafas dan badan juga akan menjadi wangi. Petua ini telah diketahui sejak beribu tahun yang lampau.
5) Lubang jarum
Latih otot penahan kencing, seolah-olah seperti menahan dan hendak buang air kecil, kemutkan berulang-ulang. Kemudian kemutkan pula otot dubur seolah-olah mahu menahan dari buang air besar, berulang-ulang juga. Jika boleh jadikan ia amalan setiap hari.
6) Suara Perindu
Elakkan dari banyak memakan makanan yang pedas atau yang agak panas. Selalu minum air asam jawa. Berlatih bercakap dengan mengawal nada suara,jangan dilepaskan suara sewenang-wenangnya. Dikatakan bahawa suara perawan adalah bagai bunyi seruling yang merdu.
7) Mengurut pangkal Bunting padi
Biasakan mengurut di pangkal betis, iaitu dengan cara menekan dan memicit kawasan antara urat keting dan buah betis. Lakukan selalu,kerana ini baik untuk mempertingkatkan prestasi kepekaan rasa apabila jima' setelah berkahwin nanti.
8) Payudara montok
Elakkan dari meniarap diatas lantai sama ada diwaktu siang atau malam, kerana meniarap dilantai akan mengendurkan payudara anda.
MY Kids
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgoLBX441dlVeCUoaSU6bqmvW-LSh9_OsEXes5s4H-Nyqo417GB-mUnOIQiYQ5_jxcf77uLXmbURVHsBKqiexmuQVNB9kfmOCbVakZsJ7L5AvdZgl34cbH105362KH_SJHEQVizx7xpr7gG/s320/ic+anak+mama+001.jpg)
Tuesday, December 13, 2011
Pengat Durian
Inilah rupanya pengatku yang telah dihidang.
Bahan-Bahan
beberapa ulas buah durian
gula melaka
santan
Daun pandan
garam
pulut
Cara-cara
- Masukkan santan, gula melaka,sedikit garam dan masak atas api yang perlahan
- Masukkan beberapa ulas durian dan daun pandan
- kacau perlahan-lahan hingga mendidih, kemudian sesuaikan rasa, setelah cukup masak bolehlah angkat.
-tanak pulut atas api yang sederhana.
- dah boleh hidangkan kuh bersama pulut tersebut.
Sunday, December 11, 2011
Reunion Bath DIA-UITM Dungun At Impian Resort Hulu Langat
Akhirnya sampai juga tarikh pertemuan bersama rakan2 uitm dulu.. first time kami nak ke Hulu Langat nie..sebelum tu dah google dah kat tenet..jumpa map yang senang difaham..alhamdulillah...dari rumah bertolak kul 11 pagi..maklumlah sebelum nak bertolak tue macam yang kena settlekan..anak2 kan..pastu buat bekfest dulu...aku buat puding jagung utk dibawa kesana...alamak pic lupa lak nak snap..aduhh...so far alhamdulillah jadi jer wpun pertama kali buat.Walaupun pertama kali pergi akhirnya sampai dgn jayanyer..senang jer nak cari Impian Resort Hulu Langat ni..kami cari Agrotek jer dulu..mmg banyak tempat pelancongan disini..best juga tuk bawa family beristirehat bersama...
Sampai2 seronok sangat cos dapat jumpa kawan2 yang begitu lama x jumpa setelah berpisah dari uitm dulu tahun 2002 kerana masing2 membawa haluan masing..jumpa2 dah kawen dan beranak pinak dah semuanya..
Mula-mula sampai wah seronok nie dapat main air..cuba ajak abang trun ala xnak pula..bila papa pujuk2 akhirnya abang turun juga walaupun takut2 sebab x biasa main kolam pun sebelum nie...bila turun main pun slow2 jer..
Adik bersama Che Sue...
Abang takut nak main air la...
Ini kali kedua masuk main air sampai terus bukak baju dah..seronok sangat sampai xnak naik dah..abang..abang..ala gendutnyer anak mama nih..Papa pun dah mula tukar baju
Papa dah penat sambil layan makan dulu..
Abang dah seronok main dengan kawan2..
Time adik main ngan mama jer..mama x bleh nk main air cos jaga adik..hu..hu..adik seronok tgk abang main air..nti adik besar turn adik lak main...happy bila tgk anak happy..
ni kawan abang nie..sama umur si dengan anak mala nie..tapi tgklah perbezaannyer..hu..hu...
Akhirnya papa bawa abang ke tempat dalam..takutlah tue..bestnyer air situ...terluir lak mama nak main sama tapi apakan daya..nanti nak pergi lagilah...
aduuhh..chubbynyer mama...
Subscribe to:
Posts (Atom)
Wednesday, December 28, 2011
Hari Yang Malang..