Visit Me

Klik-Klik

must buy

Monday, February 28, 2011

Perkembangan fetus - hamil 30 minggu

Paru-paru bayi anda dan saluran penghadaman hampir matang sepenuhnya. Walaupun bayi anda mungkin lebih perlahan dalam menambahkan ukuran panjangnya dari sekarang (dia berukuran 15.7 inci / 40 sentimeter dari mercu kepala ke jari kaki sekarang), dia akan terus menambahkan beratnya sampai masa dia dilahirkan.

Pada minggu ini, bayi anda terus menerus membuka dan menutup matanya. Dia sudah boleh melihat apa yang sedang berlaku dalam rahim, membezakan cerah dari gelap dan boleh juga mencari punca cahaya.

Jika anda memancarkan lampu suluh ke atas perut anda, bayi akan menoleh kepala untuk mengikuti cahaya itu atau menghulurkan tangan untuk menyentuh cahaya yang bergerak itu. Beberapa penyelidik berpendapat bahawa mendedahkan perut anda kepada cahaya merangsang perkembangan visual. Namun, jangan pula mengharapkan penglihatan 20/20 di masa bayi dilahirkan - bayi baru lahir hanya boleh melihat setakat jarak lebih kurang 8 hingga 12 inci / 20 hingga 30 sentimeter. (Kanak-kanak yang mempunyai penglihatan normal tidak mencapai penglihatan 20/20 sehingga umur antara tujuh hingga sembilan tahun.) Untuk melengkapkan gambaran perkembangan ini, bayi anda sudah mempunyai bulu kening dan bulu mata.

Lebih kurang satu setengah pain / sekitar satu liter cecair amnion sekarang mengelilingi bayi anda tetapi volum ini akan menyusut apabila bayi membesar dan ruang dalam rahim bertambah sempit baginya. Apabila anda dan bayi anda menjadi semakin besar, janganlah merasa takut pula jika anda merasakan sesak nafas, atau merasakan seakan-akan anda tidak mendapat udara yang mencukupi; ia hanya uterus anda menekan diafragma anda. Bagaimanapun, di akhir terowong gelap yang dilalui ini, ada cahaya. Di 34 minggu kehamilan (atau sejenak sebelum pelahiran, jika kehamilan ini yang kedua atau ketiga bagi anda), kepala bayi anda akan bergerak turun memasukki pelvis anda dan terus mengambil posisi yang sesuai untuk kelahiran. Ini akan melegakan pernafasan dan pemakanan anda.

• Nota: Pakar-pakar menyatakan bahawa setiap bayi berkembang secara berlainan - walaupun semasa dalam kandungan. Muka surat-muka surat di bahagian ini disediakan untuk memberi maklumat umum mengenai perkembangan fetus dalam rahim.

Friday, February 25, 2011

Donut @ Big Apple

Time pregnen nie macam2 dugaan nak makan tu la nie la..sib baik aku mengidam nak makan yang sememang senang didapati...sememangnyer aku pun x pernah makan donut kt Big Apple nih..first time try oklah sedap gak....so nie lah 6 perisa yg ditry nti nak cuba perisa lain lak..

Balik2 umah terus nak makan ..so apa lagi nie lah ragam Darwisy melayan donut...actually dia x makan sgt kuih2 nie so dia suka yg atas2 tue jer..anak mama..anak mama..layan jer la bila tegur melenting lak...makan sambil berbogel gtu lps tue terus mandi...

Monday, February 14, 2011

Mengembalikan semula kemesraan rumahtangga

Setelah bertahun-tahun hidup bersama sebagai suami isteri dan sudah terlalu selesa dengan hubungan tersebut membuatkan tanpa disedari masing-masing mengambil mudah pada ikatan yang ada.

Keadaan itu lama-kelamaan mungkin boleh menjadikan hubungan semakin hambar dan hilang ‘magisnya’. Lebih mengecewakan jika keceriaan rumah tangga yang terhakis membawa kepada kesan lebih buruk seperti perceraian bermula daripada kesilapan kecil.

Berikut beberapa panduan yang mungkin boleh diambil perhatian bagi mengembalikan semula kemesraan dan keintiman dalam rumah tangga yang semakin pudar.

1. Memaafkan pasangan walaupun anda mungkin tidak boleh melupakan apa yang dia lakukan.

Kadang kala kegembiraan lebih penting daripada mencari kebenaran. Ia akan menjadi lebih mudah selagi ikatan perkahwinan itu masih dirasai dan dihormati. Begitupun anda masih perlu berwaspada untuk mengelak perkara sama berulang lagi pada masa depan.

2. Meminta maaf (sekerap yang boleh) dan dilakukan dengan ikhlas. Ingat jika pasangan anda marah atau terluka dengan perbuatan tertentu anda, perbuatan sama juga boleh melukakan hati anda jika dia yang melakukannya.

3. Cuba selami dan merasai ‘kesakitan’ yang dialami pasangan. Sekurang-kurangnya sehari sekali anda cuba berfikir sejenak bagaimana agaknya perasaan pasangan anda jika anda melakukan sesuatu yang tidak disukainya.

4. Membina hubungan. Perkara-perkara kecil seperti minum teh bersama, menyuruh menukar cadar, bertanya apa hidangan makan malam dan sebagainya, sebenarnya membantu menghidupkan lagi sesuatu hubungan.

5. Bersangka baik terhadap pasangan. Sebagai contoh jika dia mengeluh anggaplah dia penat, bukan bosan manakala jenakanya yang tidak lucu adalah usahanya untuk berlawak bukan untuk merendahkan anda. Cara ini bukan saja dapat menghindari konflik tetapi menjadikan hubungan lebih menarik.

6. Curahkan pujian-pujian. Ini boleh membawa aura positif dalam hubungan anda dan boleh menjadi ‘magis’ yang diperlukan untuk menghidupkan lagi hubungan.

7. Bangkitkan perasaan positif dengan mengingat perkara-perkara yang baik pada masa lalu. Selak semula gambar-gambar lama semasa bercuti dan berbuallah mengenai bagaimana anda berdua bertemu.

8. Bina semula kepercayaan dalam hubungan. Antaranya, bersama-sama melakukan perkara-perkara yang anda berdua suka. Rancang percutian atau berkebun atau mengecat semula bilik bersama-sama.

9. Buka ruang untuk berbincang. Apabila suasana rumah tangga semakin baik dan tidak tegang, cuba berbincang mengenai apa yang anda mahu lihat dalam perhubungan anda dan apa yang masing-masing boleh memainkan peranan.

Cara paling baik mengambil angkah demi langkah untuk membaiki hubungan dalam hidup anda.

Tuesday, February 8, 2011

Darwisy 2 Years

Cuti2 CNY 2011 xder g mana pun cuma berehat kat umah sementara mengemas rumah..sebab bila perut besar dah x larat nak jalan sangat lagipun x larat nak melayan karenah yang semain membesar..kalau g jalan papa lak yg penat yerla kenala layan karenah anak teruna sorah tue kekadang nak gak dulung..dah la dia tu berat..hu..hu..x larat dah mama nak dukung laipun mama sekarang dah x boleh nak dukung...so kami sempat g jalan tempat yg dekat2 jer Jusco dan Mines jer....