Visit Me

Klik-Klik

must buy

Wednesday, April 8, 2015

Part II Family Day (BGRC)

Anak-anak la yang paling seronok kalau bawa bercuti ,adik n abang bergambar kat camel dlu
Mama n papa pun tak ketinggalan juga..pic ni pun abg yg snap kan...jadilah tuk kenangan..
sebelum main air nak car dlulah...ni si tecik marissa mama nih...

seronok sangat layan anak-anak main air ni...kebahagian papa n mama bila tgk anak2 happy..
ni part yg eby plg suka bila bleh terapung..
saksikan video anak-anak mama main kolam...
tgk adik n abang pun bukan main lagi...

Tuesday, April 7, 2015

Family Day KESUVET 2015 (20-22 Mac )

Family day ofis menjelma lagi. Kali ni kat Bukit Gambang Resort City  buat kali ke-2 diadakan kat sini..memang teruja nak pegi sebab nak bawa anak-anak main air..lagipun cuti sekolah seminggu tak kemana pun...kesian kat abang so bawa kesini seronok lah juga dapat main air..
baru sampai...so apa lagi minum dulu...
pantang tgk kerusi so apa lagi manjat la keje si anak tino ni...
yang bestnyer dpt jumpa keluarga mertua cos dia orang datang bercuti kat sini juga nak jumpa cucu-cunyer so mereka sewa kat homestay kat depan ni jer...
taraa,....berkumpul semua anak beranak kat sini...

Monday, January 5, 2015

Tahun Baru 2015.

Alhamdulilah masih boleh bernafas sehingga tahun 2015. Terima kasih YAALLAH. Namun 2014 meninggalkan kesan yang mendalam dari segi negara dan personel juga...macam-macam dugaan negara yang melanda pada 2014..Apabila musibah melanda memang terfikir itu adalah dugaan dari yang ESA untuk kita umatnyer yang kena tempuh dengan redha.. oklah berbalik kepada 2015..semua orang akan tanya Azam tahun baru..so macam biasa lah setiap orang akan ada Azam yang tetentu..lain orang lain azamnyer..Azam aku ingin menjadi yang lebih baik dari sisi Allah s.w.t.pengakhiran  tahun 2014 banyak membuka hati dan naluri aku setelah banjir besar melanda negei ku sendiri Pantai Timur (Kelantan)..YAALLAH kesian tengok sedar-sedara yang terkena musibah tersebut namun apabika difikirkan balik setiap kejadian itu ada hikmahnyer...kesinambungan itu aku memang terfikir kita hanya pinjaman.HARTA, KEKAYAAN semua itu hak ALLAH s.w.t..so apabila ALLAH nak ambik dengan sekelip mata jer..itu memang membuka mata dan minda aku..Aku bersyukur dengan adanya anak-anak sebagai harta yang juga diberi pinjaman ini..Insayaallah akan ku jaga dengan sebaik mungkin amanah Allah ini..terima kasih Yaallah dengan rezeki kurniaan mu ini...harapan semoga 2015 membuka sinar keceriaan, kegembiraan dan ketaatan kepada mu YaALLAH..lindungi keluarga aku dengan limpah kurinaan mu YAALLAH.aminnn...
kaulah kekuatan mama dan papa...love you all so mucch...

Friday, January 2, 2015

Qaseh Junior

Percubaan Produk pertama untuk dak bambam ni sebab batuk dan selsema tak habis-bahis lagi nih dah seminggu...batuk pula berkahak..geram sangat bila batuk kahak dah kuar tapi ditelannyer semula..masih bayi lagi tak pandai nak buang kahak..so terbaca kat tenet yang mengatakan produk ni insyaallah boleh melegakan batuk-batuk dan selsema tersebut..so aku pun cuba dengan beli dari kawan juga dengan harga RM60..
hari ni hari ke-2 amalkan harap ada perubahan setelah mengamalkan supplement ni...cepat sembuh yer sayang mama...

Tuesday, December 16, 2014

Kenapa Berat Badan Susah Nak Turun

Bagi setiap wanita, memiliki tubuh langsing ataupun potongan bentuk badan menarik adalah dambaan golongan ini, malah mereka berpendapat perkara ini meningkat lagi keyakinan diri apabila berhadapan dikhalayak umum
Maka tidak hairanlah jika ada di antara mereka sanggup berbelanja besar dan mencuba pelbagai produk pelangsingan badan untuk merealisasikan hasrat bagi memiliki bentuk tubuh yang menarik dan berat badan ideal
Dek kerana keghairahan mereka itu, juga menimbulkan pelbagai keluhan malah ada sudah berputus asa kerana apa yang diusahakan selama ini tidak membuahkan hasil
stress gambar
Sebenarnya punca berat badan naik dan susah turun adalah disebabkan kesilapan diri sendiri yang dilakukan dalam keadaan tidak sedar antaranya seperti berikut
PENGAMBILAN AIR SODA
Soda memang sinonim dengan minuman yang mengandungi banyak kandungan gula. Dalam segelas minuman soda terdapat sebanyak 65 kalori. Walaupun begitu, kalori tersebut tidak menjadikan perut anda kenyang
Jadi walaupun anda mengambil soda, keinginan anda untuk makan dalam kuantiti yang banyak tetap ada. Jika anda mengambil 2-3 gelas soda sehari, mungkin berat badan anda bertambah hingga 30% dari biasa
kurang tidur punca berat badan naik
KURANG TIDUR
Tidur kurang dari 5 jam sehari mempengaruhi minda anda dan sekaligus mengawal keinginan untuk makan malam. Jadi semakin sikit masa anda tidur, semakin banyak masa anda makan
TIDAK BERSARAPAN
Seseorang yang melambatkan sarapan, berisiko 4 kali ganda lebih tinggi dari mereka yang mengambil sarapan untuk mendapat penyakit obesiti
Dengan membiarkan perut kosong pada waktu pagi ia akan melambatkan metabolisme badan dan menahan rasa lapar dan sekaligus menyebabkan anda makan banyak pada waktu tengahari
MAKAN TERLALU CEPAT
Kunyang makanan perlahan-lahan. Ini tidak, kalau makan berkenaan terlalu sedap, kita kunyah bukan main cepat lagi, adakala itu tak sempat kunyah sudah telan terus
Jika anda kunyah makanan anda perlahan-lahan, anda akan mengambil lebih sedikit kalori setiap kali anda makan. Sekurang-kurangnya masa selama 20minit diperlukan untuk perut mendapat isyarat dari otak bahawa anda sudah kenyang
KURANG MINUM AIR PUTIH
Dalam kajian, seseorang yang menjalani diet dan minum 2 gelas air sebelum makan akan membuatkan berat badannya kurang 30% lebih banyak berbanding mereka yang tidak minum
BERKAWAN DENGAN MEREKA YANG SAMA BERAT BADAN
Kajian di dalam New England Journal Of Medicine menunjukkan bahawa seseorang itu lebih cenderung untuk menjadi obesiti apabila mereka berkawan dengan orang yang ada obesiti
Itu tidak bermaksud anda tidak boleh berkawan dengan mereka yang berbadan besar. Tetapi gaya hidup dan pola pemakanan kawan sangat mempengaruhi
Jadi untuk mengelakkan perkara ini terjadi, ajaklah kawan pergi bersenam dan amalkan pola pemakanan sihat
MAKAN KETIKA TERTEKAN/ STRESS
Ketika stress, ada diantara kita lebih gemar makan makanan manis untuk membantu hilang stres. Jadi ketika keinginan makan makanan manis tu datang ketika stres, alihkan fikiran dengan melakukan aktiviti senaman ataupun tidur. Aktiviti senaman amat baik untuk badan dan membuatkan fikiran anda lebih baik
KURANGKAN PENGAMBILAN KARBOHIDRAT
Dengan pengambilan karbohidrat secara berlebihan seperti mi, nasi putih dapat meningkatkan hormon serotinin yang menyebabkan anda ingin makan lagi? Jadi gantikan karbohidrat sederhana dengan karbohidrat kompleks seperti beras perang atau oatmeal
MAKAN DENGAN POTONGAN YANG BESAR
Seseorang yang makan dengan potongan yang besar boleh menambah kalori di badan mereka sebanyak 50% berbanding dengan mereka yang mengambil potongan kecil dan kunyah perlahan-lahan
MALAS BERSENAM
Walaupun anda telah mengurangkan pengambilan makanan , tetapi mungkin tidak dapat mengecilkan bahagian pinggang anda yang berlemak tanpa senaman
Kesimpulannya badan akan lebih cepat berisi apabila anda malas bersenam
MAKAN LEWAT MALAM
Mengikut kajian Journal Obesity, seseorang yang makan selepas jam 8 malam akan mendapat lebih banyak kalori. Jadi jika keinginan anda untuk makan tengah malam itu menggila, carilah makanan yang mempunyai kandungan gula dan lemak yang rendah
Seperti susu rendah lemak, air masak, buah-buahan ke ataupun roti oatmeal

Monday, December 15, 2014

Chezzy Wedges

Kali ini makan chezzy wedges buatan sendiri lagi best kan..nak sos banyak mana ikut suka hati..taraaa...
bukannyer wegdes buat sendiri pun cuma beli yang frozen dan balik goreng sendiri la...pahtu beli pula cheese powder

letak banyak-banyak sos baru puas hati makan...huh..menternak lemak nih..xperlah yang penting makan sekali skala...boleh gtu..ha..ha...cheese powder tu hubby beli kat yummie bakery bangi RM9.50 tuk 250g.
Bancun dengan air panas..senang disediakan...

Thursday, December 11, 2014

Paedophilia - Semua ibu bapa patut TAHU!

Ok topik hari ni serius sikit.
Sebab memang semua parents amat perlu ambik tahu pasal ni.
Dan aku sebenarnya dah agak lama jugak nak tulis pasal benda ni.
Cuma asyik bertangguh dan ambik masa.
Sebab kita ni, kalau nak tulis sesuatu yang untuk bahan rujukan orang lain,
kita sendiri kena buat banyak rujukan dulu.
Betoi?

Oh by the way.
Aku dah sihat heheh.
Not fully recovered lagi la tapi. Mungkin 78.6% recovered beheh.
Suara still macam wan maimunah.
Nafas masih tersekat-sekat di kala gerimis.
Biasa lah. Aku ni dah di tahap severe asthma kot.
T_____T

But takpe.
Lagi lama lagi banyak dosa terhapus insyaAllah.
Husnuzonni terhadap tuhan. Sebab tuhan tu tak pernah kejam.
Kan?
:)

Terima kasih kepada yang sudi mendoakan.
Bagi tips-tips kesihatan dan sebagainya.
Paling tak tahan ada yang wassapp,

"Semoga cepat sembuh Ji. Akak faham keadaan awak. Awak gemuk pun sebab steroid consumption kan?"

Gagagagagagaga!
Ada betul apa akak tu cakap.
Tapi saya baru je telan ciken foldover lima ketul.
Tu kira steroid jugak ke camane?
;D

Ok balik ke topik asal.
Tah kemana-mana kau melalut kan.

PAEDOPHILIA.
What is paedophilia?

Paedophilia atau paedophile,
adalah satu spesis manusia yang rare.
Diorang ni kalau tengok budak-budak,
akan timbul rasa SEXUALLY attracted.
Rasa STIM.
Scary kan?
Scary gila.
Sebenarnya kat Malaysia ni, ada golongan pedophile ini.
Memang ada dan memang wujud.

Cuma,
kesedaran kita ibu bapa di Malaysia terhadap gejala pedophilia ni amat sikit cikedis.
Cuba pergi randomly tanya mana-mana parents kat luar sana,
"Apa itu pedophilia?"

80% daripada mereka mesti ingat pedophilia tu nama kuih ke nama pokok ke apa.
-______-

Most of us tak aware pasal ni.
Dan bila tak aware,
kita tak faham kenapa terlalu banyak kes penculikan budak,
kes budak hilang, pergi playground tak balik-balik,
kes budak pergi beli kuih last-last kena rogol dengan pak guard dalam pondok guard,
kes budak lelaki 5 tahun kena liwat berulang kali tapi tak cakap apa-apa sebab ingat benda tu normal,
kes cikgu sekolah rendah perkosa murid, kes bayi diliwat, etc.

Bila baca kes-kes macam ni, kita sedih tapi KITA TAK FAHAM.
Tak faham how can all this happen.
Kenapa ada orang-orang yang pelik lahanat camtu perangai.
Kerja asyik nak attack budak je.

Itulah dia--
PEDOPHILES.

Pedophiles ialah the scariest kind of human-being yang ada extremeeee sexual imagination towards kids.
Diorang ni ada point-of-view yang berbeza bila tengok kids,
tak macam orang-orang normal yang lain.
Tengok gambar-gambar contoh di bawah.
Photo credits: Google images

Scary kan?
U don't say ini semua tak lojik. Tak masuk akal, etc.
Pedophile always see kids sebagai pemuas nafsu.
That's it.

So apa yang kita boleh buat?
Itu persoalannya sekarang.

Sebab ibu bapa lah yang kena main peranan PENTING.
Kalau bukan mak bapak siapa lagi?
Nak harapkan pak guard protect anak-anak kita, pak guard tu punnnn pedophile.
Cikgu kat sekolah punnnn boleh jadi pedophile.
-______-

Obviously kita tak boleh ubah these pedophile people.
Kita tak mampu nak azan ke telinga mereka sambil menyeru mereka balik ke jalan yang benar. -..-
Mereka akan sentiasa mencari kanak-kanak untuk mangsa seterusnya.
Tapi apa yang kita boleh buat ialah,
MINIMIZE THE RISK.

Kurangkan exposure yang tak sepatutnya terhadap anak-anak kita.
Contoh paling mudah,
SOCIAL MEDIA.

FIKIRRR sebelum publish apa-apa gambar anak di social media.
Ye saya tahu anak awak comel. Telanjang pun comel.
Semua anak pun comel.
Kan?

Tapi jaga privasi mereka.
Anak lelaki mahupun anak perempuan.
Jaga.

Gambar mandi, gambar tak pakai baju, gambar pakai skirt pendek, gambar terkangkang, gambar tengah change diapers, gambar anak pakai swimming suit, gambar bontot anak,
those photos are high-risk photos.
Pedophiles akan senang attracted dengan gambar kids yang menggeramkan camtu.
Lagi comel lagi geram.
You know what i mean.

"Ahhh lantak ahhh.
Ni kan anak aku. Facebook aku. Instagram aku. Aku punya suka ahh!!
Comel kott gambar anak aku tengah mandi.
Lagipun FB aku friends tak ramai. Ada family members dan close friends je."

Bare in mind,
pedophilia boleh jadi TANPA KITA SEDAR,
boleh jadi SESIAPA SAJE
termasuk ORANG-ORANG SEKELILING KITA.

Yes, anak-anak bagi kita mungkin comel. Adorable like hell.
But to pedophiles.
They get SEXUALLY AROUSED.
Beza kan, comel dengan sexually attractive?
Kan?

Pedophiles ni tak semestinya akan attack depan-depan,
ada jugak pedophiles yang senyap-senyap.
Jenis yang save photos or videos of kids yang geram-geram tu,
and they MASTURBATE and having sexual imagination using the photos.

Sounds insane kan?
Tapi possible. Sumpah possible.
Dan ingat,
walau se-private mana pun social media kita,
it still can be access by public in so many ways.
Nothing is private when it is ONLINE.

"Ahhh merepek!
Selama ni aku publish gambar bogel anak aku, takde apa-apa jadi pun!"

So kau nak tunggu anak kau hilang dulu,
kena culik dulu,
kena bunuh dulu,
 baru nak stop publish la?
Hmm?

Act now.
Mencegah lebih baik dari merawat.
Kan?

These are 11 safety rules
yang parents are encouraged to follow, to avoid our kids dari serangan pedophilia jahanam nih.

1) Never post photos of kids yang tak appropriate. 
Contohnya tengah mandi, tak pakai baju, tengah tidur terkangkang, pakai skirt pendek, etc.
Anak lelaki atau perempuan. Both kena jaga!

2) Never expose specifically lokasi sekolah anak, rumah babysitter anak, tempat anak main, etc.

3) Never post status yang macam,
"Rindu anak mama yang tengah kat rumah babysitter tu. Hari ni mama balik lewat malam sikit ye sayang."

Atau,

"Baru suruh Daniel beli telur kat kedai runcit kat depan sana. Cepat balik tau! Mama nak masak ni."

 NEVER.

4) Sentiasa teman anak kemana sahaja dia pergi.
Playground, rumah kawan, kedai, atau ke mana saje.
Yes, anak kita mungkin dah boleh berdikari, tahu jalan balik apa semua.
But remember, pedophiles are everywhere.

5) Latih anak untuk tidak duduk di atas peha / pangkuan sesiapa sahaja, terutama lelaki.
Tak kisah dalam apa jua keadaan, dengan sesiapa saje. Kalau boleh, AVOID.
Especially yang ada anak yang pasif atau jenis "duduk diam".

6) Jangan paksa anak kalau dia "tak selesa" dengan orang tertentu. 
Observe kelakuan anak, kalau-kalau dia nampak macam "takut" atau "mengelak" bila nampak mana-mana orang dewasa.

7) Alert dengan perangai anak. Kalau tetiba dia kemurungan atau ketakutan.
There must be something yang ganggu fikiran dia.

8) Ajar anak supaya tidak membenarkan sesiapa sahaja pegang, tengok atau "tersentuh" their private part.

9) Ambil peduli bila anak tak puas hati dan sedang bercakap tentang seseorang (dewasa).
Pay attention kalau-kalau there is something wrong with that particular adult.

10) Sentiasa pakaikan anak pakaian yang appropriate untuk tontonan umum.
Simpan sikit kecomelan anak untuk diri sendiri. Jangan ditayang-tayang sangat.
Peha nak tayang, bontot nak tayang, ketiak nak tayang. NO!

11) Respect your kids privacy. 
Bila anak tak mahu bergambar atau need some space or privacy, hormati kehendak mereka.

Please parents.

We are currently living in an era yang langsung takde barrier.
Langsung takde sekatan.
Bila takde barrier takde sekatan,
hence takde keselamatan.
Pandai-pandai jaga diri.
Pandai-pandai jaga anak sendiri.

Pedophiles are everywhere.
Pedophiles can be anyone.

U don't say these people dont exist. They do.
Dan RAMAI sebenarnya.
Cuma kita yang tak tahu kewujudan mereka.
Because diorang tak bodoh untuk mengaku yang diorang pedophiles.
Kan?

Ada juga pihak yang kaitkan jenayah pedophilia ni dengan kos kahwin dan kos sara hidup di Malaysia.
Kos kahwin dan kos sara hidup semakin merepek menyebabkan semakin ramai lelaki yang membujang.
And they tend to use kids untuk melampiaskan syahwat.
Satu, sebab kids senang. Lemah dan tak mampu melawan.
Dua, free.

Na'uzubillahi min zalik.

Jom sama-sama kita tengok balik gambar-gambar anak yang kita pernah post dulu.
Kalau ada yang kurang sopan atau high-risk,
DELETE je.

Bertaubat dan sentiasa mohon perlindungan Allah.
Ye betul, kalau Allah tak izin, takkan jadi.
Tapi kalau Allah izin dan benda tu jadi,
ia sebenarnya berpunca dari tangan-tangan kita sendiri.

Esok-esok kita kena soal,
tentang setiap kemudaratan yang kita tak sedar berpunca dari tangan kita sendiri.

Mintak jauh.

p/s: Mohon sebarkan perkara ni supaya lebih ramai ibu bapa aware dan ambil peranan. Lindungi hak anak-anak.
Sebab mereka sememangnya berhak mendapat perlindungan yang sepatutnya.